Beberapa hari yang lalu, pelakon dua benua Priyanka Chopra dan Nick Jonas telah selamat mengikat tali pertunangan mereka di India dalam sebuah majlis ringkas yang penuh dengan adat. Dalam majlis tertutup itu kelihatan ahli keluarga dan sahabat terdekat pasangan ini bagi meraikan hari bersejarah mereka.

Peminat Dakwa Priyanka Sedang Hamilkan Anak Nick

Terbaru, selepas pasangan itu memuatnaik beberapa sekitar majlis pertunangan mereka, timbul pula dakwaan daripada peminat dimana mereka mengandaikan Priyanka kini sedang hamilkan anak kepada aktor berkenaan.

Spekulasi itu mula timbul apabila pelakon Bollywood itu dilihat menerusi salah sebuah gambar yang menampakkan dia sedang memegang perutnya dan Nick pula telah memuat naik satu status seperti merujuk kepada kehamilan tersebut.

Hanya Spekulasi Peminat

Ternyata gambar tersebut telah mencetuskan perdebatan hangat dikalangan peminat. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan mengandaikan gambar tersebut hanyalah satu kebetulan. Dalam perkembangan lain, pasangan ini dikhabarkan bakal berkahwin pada Oktober tahun ini.