” Satu darab dua, dua …dua darab dua, empat…” Masih terngiang-ngiang sehingga ke hari ini mengenai kaedah pembelajaran Sifir yang diperkenalkan oleh seorang kanak-kanak perempuan suatu ketika dahulu menerusi rancangan hiburan kanak-kanak terkenal, Along.

Siti Sifir Menggamit Memori

Along merupakan rancangan kanak-kanak yang melibatkan tiga karakter iaitu Along sebagai peneraju utamanya, Achik dan Angah begitu popular pada sekitar 1990-an sehingga tahun 2003. Kami pasti ada diantara anda yang begitu meminati rancangan ini terutamnya segmen Siti Sifir. Ramai yang menganggap jika anda tidak mengenali rancangan ini, bermakna anda bukanlah mereka yang berada dalam generasi 90-an.

Wajah Siti Sifir Terkini

Kini sudah hampir 20 tahun, ramai yang tertanya bagaimanakah wajah terkini Siti Sifir? Adakah bergelar seorang selebriti ataupun sebaliknya? Hasil carian netizen di media sosial mendapati seorang wanita yang dikenali sebagai Sabrina Musfirah adalah Siti Sifir yang sebenar.

Sudah meningkat dewasa, siapa sangka wanita cantik ini pernah menceriakan zaman kanak-kanak 90-an suatu ketika dahulu.