Sudah lama tidak mendengar perkhabaran terbaru penyanyi, Farhan. Terbaru, Farhan atau nama sebenarnya Nur Farhan Azizan telah selamat bersalin anak perempuan seberat 2.7 kilogram di hospital di Putrajaya, semalam.

Bersalin Secara Pembedahan

Penyanyi ini walaubagaimanapun dikhabarkan terpaksa bersalin secara pembedahan kerana tiada bukaan walaupun air ketuban sudah pecah. Meskipun begitu, dia bersyukur kerana semuanya berjalan dengan selamat dan anaknya juga selamat dilahirkan.

“Kalau boleh saya nak bersalin normal dan sudah berusaha sehabis baik. Namun, nak buat macam mana bukan rezeki saya.Apabila doktor memaklumkan saya perlu melalui proses pembedahan memang gementar juga. Apa pun, saya ikut nasihat yang terbaik daripada doktor demi keselamatan bayi. Alhamdulillah, semuanya selamat. Saya menganggap ini adalah hadiah hari jadi saya, hari ini. Saya bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan ini,”

Kali Kedua Jalani Pembedahan

Tambah Farhan, proses bersalin kali ini merupakan kali kedua dia menjalani pembedahan selepas melahirkan anak pertama, Souffea Zulaeqha yang kini berusia setahun enam bulan. Farhan yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim keempat sebelum ini telah berkahwin dengan Ahmad Rashadan Suhaimi pada 2016 dan popular menerusi lagu Kelmarin.

SUMBERHarian Metro
Artikel SebelumnyaSiapa Sangka Faiq Bolkiah Adalah Pemain Bola Yang Terkaya Di Dunia!
Artikel Seterusnya[GAMBAR] Percutian David Beckham Sekeluarga Di Pulau Sumba Indonesia
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress