Selebriti terkenal, David Beckham dan keluarganya dilaporkan telah berada di Indonesia sejak awal bulan yang lalu. Meskipun negara itu masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga selepas impak gempa bumi yang menimpa Lombok, nampaknya keluarga ini masih teruskan percutian mereka dan kini berasa di Pulau Sumba, Nusa Tenggara Timur.

Tolak Dakwaan Rumahtangga Sedang Goyah

Percutian mereka sekeluarga di negara seberang itu ternyata menolak dakwaan kononnya hubungan David dan isterinya, Victoria Beckham kini bermasalah. Melihatkan pada gambar percutian mereka ternyata kebahagiaan mereka sekeluarga terserlah apatah lagi anak-anak pasangan itu sudah meningkat dewasa.

Bergaul Dengan Masyarakat Setempat

Bukan hanya sekadar melancong, keluarga terkenal ini juga dilihat melakukan beberapa aktiviti sosial bersama masyarakat setempat.

Malah mereka juga dikhabarkan sempat mengajar bahasa Inggeris pada kanak-kanak di kepulauan Sumba. Ramai yang memuji sikap keluarga ini kerana percutian mereka seolah-olah memberi inspirasi buat ramai keluarga!

VIAInstagram Victoria Beckham
SUMBERBrilio.net
Artikel SebelumnyaTahniah! Farhan Timang Cahaya Mata Perempuan Kedua
Artikel SeterusnyaSiti Nurhaliza Kongsi Kisah Datang Bulan & Hilang Emak Di Mekah
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress