Susulan mengenai artikel kami terdahulu dimana selebriti, Wardina Safiyyah telah menegur Datuk Seri Aliff Syukri gara-gara memuat naik satu cabaran tarian lagu terbarunya duet bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna, Bobo Di Mana. Lagu tersebut menerima tamparan hebat daripada ramai netizen kerana menampakkannya seperti sebuah tarian lucah meskipun belum diperdengarkan secara rasmi.

Ibu Aliff Beri Teguran

Terbaru, menerusi Instagram nya, jutawan kosmetik itu telah memuatnaik sebuah kenyataan di mana dia akur akan kesilapannya serta turut berterima kasih kepada mereka yang memberinya teguran. Jelasnya lagi, tarian dan aksinya itu adalah tuntutan kerjanya dan termaktub di dalam kontrak.

View this post on Instagram

Jangan salah kan orang lain #bobodimana Terima kasih kak Dina …terima kasih atas teguran dan kasih sayang kak dina kepada saya dan isteri…..Ya saya akui kesilapan saya dan apa yg kak dina cakap itu sy terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yg telah termaktub dlm kontrak…….. . . sebenarnya dlm clip promo lirik vedio dan teaser tu ada lebih dr 15org yg terlibat dan saya tidak memegang mereka langsung.. dan produksi indonesia juga memperuntukkan 2miliar rupiah utk full muzik vedio dimana smua konsep dr mereka.. dan saya sebagai talent artis dr label indonesia hnya mengikut sahaja..jadi kpd smua harap memahmi sy juga dan jgn memberi tekanan kpd wife sy sbb ia mengundang masalah yg lebih berat….dlm perkara ini…saya ada beberapa tuntutan kerja yg saya perlu lunaskan utk lagu ni..yg diurus oleh manager sy di indonesia @didi_3kingkong . . sewaktu di offer saya gembira kerana saya ingin dikenali di indonesia…..saya amat hargai teguran semua orang…..walau siapapun selagi tidak ada kata2 kesat dan maki hamun inyallah sy terima…izinkan saya lunaskan kerja2 sy.. inyallah lps ni sy jdi host program masakan di malaysia dan program,kewanitaan tidak lama lagi.. @penmerahdotcom_ig

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Malah Aliff turut memohon kepada netizen agar tidak menyalahkan mana-mana individu terutama isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

Kenyataan Aliff itu turut mendapat komen balas daripada ibunya yang dikenali sebagai Bonda Rozita.

Menurut Rozita, dia sudah beberapa kali menegur anaknya itu sehingga pernah dipadam Aliff di Instagram. Malah dia turut mengharapkan Aliff agar mengambil langkah bijak dan tidak membantu mereka yang mendorongnya ke arah perkara yang negatif.

Amy Search Anggap Aliff Tidak Hormatkan Diri Sendiri

Dalam kenyataan yang sama, lagenda rock Amy Search turut memberi pandangannya dimana dia mendakwa tindakan Aliff itu seperti tidak hormatkan diri sendiri.

Malah dia turut menyelar tindakan Aliff yang teruja melihat rakannya (Lucinta dan Sajat) melakukan pelbagai aksi yang menghairahkan. Apa pun, diharap tarian tersebut boleh diolah semula menjadi sesuatu yang manis untuk dipandang.

Artikel SebelumnyaGol & Gincu Vol. 2 Masih Kekalkan Semula Pelakon Asal
Artikel SeterusnyaCabaran Terbaru! 10 Gambar ‘Jatuh Tersungkur’ Tren Terbaru Instagram
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress