Bercakap mengenai pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi siapa sahaja yang tidak mengenali beliau. Pereka fesyen yang memenangi anugerah yang dicalonkan untuk Best Bridal Gown dalam Anugerah Pengantin Antarabangsa 1st 2017 oleh Elle Spose ini terus mencipta nama dalam dan luar negara dan merupakan antara pereke fesyen yang disegani.

IKLAN

Rico Rinaldi Pereka Fesyen Pertama Di Malaysia Kerjasama Dengan Starbucks

Jika sebelum ini Starbucks telah umumkan kerjasama dengan pereka fesyen terkenal dunia seperti Anna Sui, kali ini buat pertama kalinya di Malaysia, Starbucks telah mengumumkan kerjasama dengan Rico Rinaldi untuk menawarkan koleksi barangan eksklusif bagi meraikan Merdeka yang hampir tiba.

BACA  Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Sakan Berparti Bersama Oktovia Manrose

Tampilkan 3 Rekaan Eksklusif

Dikenali sebagai 2018 Rico Rinaldi x Starbucksยฎ Collection Designer, Rico telah tampilkan tiga rekaan ekslusif yang mendapat inspirasi daripada tiga haiwan terancam yang mewakili unsur-unsur alam iaitu Hutan, Laut dan Udara dalam bentuk Harimau, Penyu dan Kenyalang .

“Merancang koleksi ini, saya terinspirasi oleh sifat Malaysia yang kaya. Saya berterima kasih kepada Starbucks atas peluang unik ini untuk memperingati Hari Kebangsaan ke-61 kami, dan saya berharap para peminat dan pelanggan Starbucks sama-sama menikmati koleksi itu”

Tahniah diucapkan buat Rico kerana sekali lagi mencipta sejarah dan meletakkan nama sebaris dengan pereka fesyen terulung di dunia!