Beberapa hari yang lalu, tular di media sosial di mana terdapat sebuah video yang memaparkan seorang bapa yang dipaksa anaknya untuk mengemis di tepi jalan. Keadaan yang menyayatkan hati itu menimbulkan kemarahan netizen kerana lelaki tersebut yang sudah uzur sanggup diperlakukan sedemikian oleh anaknya sendiri.

Faizal Tahir Beri Pesanan Buat Netizen

Melihatkan pada video tersebut, penyanyi Faizal Tahir turut terkesan dan tersentuh melihat lelaki dari utara tanah air itu. Menerusi laman Twitter nya, Faizal memberi pesanan khas buat pengikutnya dimana dia mengharapkan agar mereka tidak melakukan perkara seperti itu pada ibubapa masing-masing. Malah dia turut mengharapkan agar mereka menjadi menjaga ibubapa sebaik mungkin dan menghormati mereka.

Netizen Sebak Dengan Pesanan Faizal

Status Faizal di Twitter itu kini mencecah lapan ribu perkongsian malah turut menimbulkan rasa sebak dikalangan pengikutnya.

Rata-rata daripada mereka menganggap perilaku anak kepada mangsa dera tersebut amat kejam malah turut mendoakan agar nasibnya terbela dan mendapat bantuan yang selayaknya.

SUMBERTwitter Faizal Tahir
Artikel SebelumnyaCipta Sejarah! Rico Rinaldi Hasilkan Karya Eksklusif Starbucks
Artikel SeterusnyaElfira Loy Kini Intim Dengan Anak VVIP?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress