Filem Crazy Rich Asians telah pun ditayangkan serentak bermula semalam (22 Ogos) di pawagam tanah air. Terdahulu, filem ini mula ditayangkan di luar negara sejak awal minggu ini dan ternyata filem ini punyai penangannya tersendiri.

Sinopsis Crazy Rich Asians

Crazy Rich Asians menceritkan mengenai Rachel Wu yang merupakan seorang professor muda jurusan ekonomi yang lahir di Amerika Syarikat. Suatu hari Rachel memutuskan untuk menemani teman lelakinya Nick Young pulang ke kampungnya di Singapura bagi menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya.

Sebelum ini, Rachel beranggapan bahwa Nick hanya merupakan seorang yang berstatus biasa sahaja namun segalanya terbongkar apabila mereka tiba di Singapura dan Nick sebenarnya merupakan seorang jutawan. Konflik mula timbul setelah segalanya didedahkan apatah lagi ibu Nick seperti tidak merestui hubungan mereka.

5 Perihal Menarik Crazy Rich Asians (CRA)

Buat anda yang tertanya filem ini seronok ini atau tidak, barangkali jawapan di bawah mungkin anda membantu anda! Filem Crazy Rich Asians membariskan beberapa pelakon terkenal Hollywood termasuk dari Malaysia seperti Constance Wu, Henry Golding, Gemma Chan, Awkwafina, Nico Santos, Lisa Lu, Ken Jeong, dan Tan Sri Michelle Yeoh. Hangat.com rangkumkan 5 perihal menarik mengenai filem ini!

1. Hampir Mendapat Markah Penuh Dari Pengkritik Filem

93 peratus! Itulah markah yang diperolehi CRA dari pengkritik dan analisa filem terkenal dunia, Rotten Tomatoes. Malah jika dibandigkan dengan filem Avengers Infinity War, filem itu sekadar memperolehi 85 peratus.

2. Filem Hollywood Pertama Memaparkan Pelakon Dari Asia

Benar, filem ini adalah filem hollywood pertama yang memaparkan pelakon-pelakon dari Asia yang menggunakan konsep moden sejak filem The Joy Luck Club ditayangkan pada 1993. Dua pelakon filem itu, Henry Golding dan Tan Sri Michelle Yeoh berasal dari Malaysia.

3. Dilakonkan Di Dua Buah Negara Termasuk Malaysia!

Filem ini telah tampilkan dua buah negara itu Singapura dan semestinya Malaysia! Tiga lokasi di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Pinang telah ditampilkan. Malah Tyersall Park mansion di dalam CRA sebenarnya adalah Carcosa Seri Negara.

4. Kalahkan Dua Filem Mega

Meskipun ditayangkan sedikit lewat daripada dua filem ini, ternyata CRA berjaya mendahului senarai kutipan box-office mengalahkan filem The Meg dan MIle 22 yang juga menampilkan pelakon Asia sebagai pelakon utamanya, Iko Uwais.

5. Sebab 17 Ogos Dipilih Sebagai Tarikh Tayangan Perdana

Seperti yang kami maklumkan, di Hollywood filem ini terlebih dahulu ditayangkan dan tarikh 17 Ogos telah dipilih sebagai hari tayangan perdana nya. Bukan kebetulan, namun tarikh ini sengaja dipilih oleh pengarahnya. Cuba anda tambah nombor 1 dan 7 dan akan 8 bukan? Bagi bangsa Cina, mereka percaya nombor 8 ini membawa tuah dalam kehidupan.

REVIEW OVERVIEW
Wajib Tonton
Artikel Sebelumnya10 Poster Filem Bollywood Era 80-an Ini Buat Anda Geli Hati
Artikel Seterusnya7 Tshirt Paling Mahal Di Dunia, Ada Yang Seharga Dengan Kereta Lamborghini
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress