Tahun 2011 merupakan tahun tragis buat pasangan selebriti ini, Safura Yaacob dan suami Sahronizam apabila kehilangan anak perempuan kesayangan mereka.

Meninggal Akibat Demam Panas Berpanjangan

Anak perempuan mereka yang ketika itu berusia 3 tahun, Nur Aisyah Mariam meninggal dunia pada 12 September 2011 akibat demam berpanjangan. Allahyarham Mariam merupakan anak pertama penyanyi itu dengan Sahronizam dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang.

Selain Mariam, pasangan ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Yusoff Firdaus, 9 tahun, Zara Nur Aisyah, 8 tahun dan Ariana Sofia, 4 tahun. Hasil perkahwinan terdahulu, Safura turut mempunyai dua orang anak lain iaitu Nurul Natasha, 24 dan Muhammad Daniel Khaqim, 18.

23 Ogos Hari Lahir Allahyarham Mariam

Menerusi Instagram nya, Safura menzahirkan rasa rindu pada Allahyarham anaknya itu apatah lagi pada 23 Ogos merupakan hari lahir Mariam.

Tambah Safura lagi, kehadiran Mariam selama tiga tahun dalam hidup mereka sekeluarga sudah cukup membahagiakan dan berdoa agar Allah mempertemukan mereka di Jannah(syurga) suatu hari nanti. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Mariam.

VIAInstagram Safura
SUMBERMStar Online
Artikel SebelumnyaKagum! Video ‘Parodi’ Blackpink Ini Wajar Dipuji
Artikel Seterusnya[VIDEO] Aksi Kejar-Mengejar Adam ‘Autism’ Beri Inspirasi Buat Netizen
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress