Baru-baru ini telah berlangsungnya MTV VMA Awards 2018 yang diadakan di New York. Malam acara itu merupakan salah satu acara terbesar bagi penggiat muzik dimana turut menampilkan persembahan dari Ariana Grande, Jennifer Lopez dan ramai lagi.

10 Fesyen Selebriti Hollywood Di MTV VMA Awards 2018

Seperti yang dinanti-nantikan, ramai selebriti telah hadir dan turut menggayakan pakaian masing-masing dalam acara yang ke 35 tahun ini. Suka untuk kami titipkan gaya 10 selebriti ini yang melaram sakan di karpet merah MTV VMA. Ada yang unik dan juga yang pelik namun apa pun semuanya kelihatan begitu anggun dan menawan!

10Aerosmith 

Otai masih berbisa! Siapa sangka di usia emas mereka, kumpulan ini masih mampu bergaya sakan seperti ini. Imej ini sudah pasti sebati sejak sekian lama dahulu.

9Cardi B 

Serba ungu buat penyanyi rap yang baru sahaja bergelar sebagai seorang ibu ini. Baju ini telah direka khas untuk Cardi B dari Nicolas Jebran.

8Amber Rose 

Wow Catwoman in da house! Tidak pasti kena atau tidak dengan imejnya. Namun yang pasti dia berjaya mencuri perhatian dengan busana ini. Teringat pula kami pada filem 50 Shades of Grey

7Rita Ora 

Sekali imbas memang kelihatan menarik. Cukup dengan penataan rona hitam membaluti tubuh membuatkan Rita Ora tampil berani. Seksi!

6Teyana Taylor

Apa pendapat anda? Sekali imbas seperit karakter permainan video pun ada bukan? Terserlah abdomen model ini, show off enough?

5Tiffany Haddish 

Pelakon dan pelawak Hollywood ini kelihatan bersahaja dengan pakaiannya. Dengan cuaca sejuk, kami pasti anda akan menyesal dengan pakaian seumpama ini.

4Iggy Azalea 

Sesuai dengan karakternya! Iggy Azalea tampil dengan versi hitam putih.

3Jennifer Lopez

JLO kelihatan begitu anggun sekali! Sudah pastu sang ratu tidak ingin hampakan peminatnya dalam acara seumpama ini.

2Kylie Jenner 

Maaf Kylie, tapi kami tidak rasakan pakaian ini sesuai untuk anda. Malah semua orang hadiri acara ini dan ‘pejabat’ sudah pastinya tutup. Ooops!

1Nicki Minaj

Antara selebriti yang dinanti-nantikan. Ratu Rap ini sering kali mencuri perhatian dengan fesyen yang digayakannya. Ringkas tapi tampak garang!