Sebelum ini sebuah akhbar tempatan telah melaporkan rumahtangga pasangan selebriti Vanidah Imran dan Rashidi Ishak kini sedang berantakan dan sudah membawa haluan masing-masing apatah lagi pasangan itu turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.

Muat Naik Gambar Bersama Bukti Masih Bahagia

Terbaru, sesuatu yang mengejutkan sekaligus menyangkal dakwaan berkenaan hubungan mereka. Ini kerana baru-baru ini sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Rashidi menerusi Instagram nya telah memuatnaik gambar terbarunya bersama Vanidah atau lebih mesra disapa sebagai Vee.

Malah kedua-duanya juga kelihatan begitu bahagia disamping menjemput keluarga dan sahabat terdekat bagi menyambut Aidiladha.

BACA  Vanidah Imran Tidak Mahu Memanjangkan Hal Perpisahan Bersama Rashidi Ishak

Peminat Dokan Yang Terbaik

Melihatkan pada kebahagiaan mereka yang jelas terserlah, rata-rata peminat mendoakan yang terbaik dan mengharapkan agar rumahtangga yang dibina berkekalan sehingga ke akhri hayat mereka. Sama-sama kita doakan agar pasangan ini lebih kuat dan bahagia selalu!