Isu gambar bogel selebriti bukanlah satu isu baru malah tahun ini sahaja beberapa selebriti berkenaan turut terpalit dengan isu ini sehingga menggemparkan industri hiburan.

Giliran Ammar Effendy Menjadi Mangsa

Terbaru, gambar bogel seorang remaja lelaki berbadan kekar mula tersebar di media sosial. Berdasarkan hasil carian dan pengamatan kami, wajah lelaki tersebut saling tak tumpah seperti anak dramatis Rozita Che Wan yang juga pengamal sosial media terkenal, Ammar Effendy.

Terdapat dua keping gambar remaja itu yang hanya menutupi kemaluannya mula disebarkan oleh individu-individu tertentu.

Jadi Mangsa Suntingan?

Berdasarkan gambar tersebut, wajah remaja itu sememangnya adalah Ammar dan ada juga yang mendakwa anak sulung Che Ta itu sengaja disunting bagi tujuan melepaskan nafsu oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Sehingga kini tiada maklum balas dari Ammar mahupun ibunya.

**Lagi perkembangan lanjut akan kami kemaskini