Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pernah menadi tumpuan media baru-baru ini karena mata wang di negaranya jatuh menjunam.

Namun kami tidak mahu bercakap mengenai hal ini tetapi tempat tinggal presidennya. Dia ternyata memiliki kompleks istana yang begitu megah. Di situ dia tinggal bersama isterinya, Emine Erdogan, yang dikenali dengan gaya glamor.

Istana yang dinamakan sebagai Ak Saray ini sememangnya wajar dinobatkan sebagai salah satu istana presiden terbesar di dunia. Pembinaan istana itu dianggap sangat kontroversi. Ini kerana projek itu jelas menghabiskan wang yang banyak, sementara rakyat Turki sendiri masih ramai yang miskin.

Ak Saray Dikatakan Mirip Seperti Stesyen Keretapi di Cina

Kritikan terhadap pembinaan Ak Saray seperti yang disebut sememangnya menjadi pendebatan dikalangan rakyat mereka. Ada netizen yang menganggap bahawa istana itu gak mirip seperti Istana Turki di Dinasti Utsmani malah hampir sama seperti stesyen kereta pi di China.

Dibina di Hutan Simpan Attaturk

Selain kerana harganya, pembinaan istana ini juga kontroversi lantarania dibina di Hutan Simpan Attaturk yang luas wilayahnya mencapai 300 ribu meter persegi.

Bernilai RM2.4 Billion

Pembinaan istana yang bermula didirikan  pada tahun 2014 ini didakwa memakan kos hingga US$ 600 juta atau sekitar RM2.4 Billion.

Mahal kan? Tapi harga itu setanding dengan isinya. Istana Presiden Turki mempunyai 1,100 bilik, 250 di antaranya digunakan oleh keluarga.

Kos Permaidani Mencecah RM38 Juta

Yang lebih mengejutkan, keseluruhan harga permaidani sahaja mencecah 7 juta pound sterling atau setara RM38 juta. Sementara kos buat pembuatan pintunya mencapai 5 juta pound sterling atau RM27.5 juta, serta kertas dinding 2 ribu pound sterling (RM11 ribu) per gulung.

Difahamkan saiz keluasan istana ini 30 kali lebih besar dari ‘White House’ pejabat rasmi presiden Amerika Syarikat.

Selain lebih besar daripada White House, istana Presiden Turki ini juga lebih besar daripada Kremlin di Rusia dan Istana Versailles di Paris.

Jangan ditanya material apa yang ada di istana Presiden Turki. Sudah pasti lantainya diperbuat dari marmar yang harganya gtak murah.

 

Marmar-marmar buatan India dipasang di koridor dan atrium Ak Saray. Sementara atap istana didatangkan khasg dari Jerman.

Demikian informasi tentang istana Presiden Turki, Ak Saray. Apa pandangan anda? Berlebihan tak?