Model yang berasal dari Indonesia Iko Bustomi, antara peserta yang akan bersaing dalam pertandingan Asia’s Next Top Model (AsNTM) musim ke-6. Siaran program realiti show popular ini akan hadir melalui saluran FOX Life, salah satu saluran hiburan terkemuka di Asia mulai 22 Ogos 2018.

Berentap Menyaingi 12 Peserta

Bersama 12 peserta dari negara Jepun, Malaysia, Myanmar, Hongkong, Taiwan, Thailand, Filipina, Vietnam dan Singapura, Iko akan berentap menyaingi peserta bagi merebut gelaran Next Top Model Asia.

Satu-satunya Perserta Muslim

Iko Bustomi  merupakan satu-satunya peserta muslim untuk musim kali ini. Masih segar lagi dalam ingatan di mana kontorversi 2 peserta muslim dari Malaysia menyertai pertandingan ini iaitu Alicia Amin dan Shikin Gomez  menerusi Asia’s Next Top Model 5 (AsNTM5).

Ibu Beri Perangsang

Iko meniti kerjayanya menjadi model sejak berusia 16 tahun. Meskipun dia kurang yakin dengan kulitnya yang gelap, ibunya terus memberi semangat. Iko berkata, ibunya telah menyarankan dirinya untuk menyertai pertandingan ini bagi menambahkan pengalaman sekaligus meningkatkan keyakinan diri.

Selain itu, tujuan Iko melibatkan diri dalam dunia modelling ini adalah untuk membantu kewangan keluarganya.

Selepas mewakili Indonesia dalam AsNTM, Iko  mengimpikan untuk bergelar penyampai berita. Alasannya, dia sangat tertarik dengan profesi dalam bidang kewartawanan.

SUMBERTabloid Bintang
Artikel SebelumnyaAda 1,100 Buah Bilik, Beginilah Istana Mewah Presiden Turki
Artikel SeterusnyaChe Ta Melatah Kerana Ammar Effendy Beraksi Panas?
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.