Jika diikutkan isu penyebaran gambar atau video terlampau bukanlah kes yang baru. Memang ramai selebriti yang menjadi mangsa tersebarnya gambar atau video seperti ini. Baru-baru ini tersebar aksi lucah jejaka yang sedang beraksi ‘nakal’ yang wajahnya menyerupai anak seorang selebriti terkenal Malaysia.

Jejaka berkenaan dikata mirip anak sulung kepada pelakon dan usahawan Rozita Che Wan (Che Ta), iaitu Ammar Effendy. Bagaimanapun, Che Ta dan keluarga tidak melatah apabila mengetahui tentang ‘gambar bogel’ anak sulungnya yang tersebar di laman sosial Twitter.

Che Ta sebaliknya dengan tenang menjawab mereka sekeluarga sudah lali dengan pelbagai kontroversi sejak dia bergelar selebriti 13 tahun lalu.

“Tidak perlu hendak melatah sebab di era teknologi yang serba canggih ini pelbagai benda orang boleh lakukan dan kita tidak buat perkara itu,” kata Che Ta ketika dihubungi Kosmo.

Pengurus Che Ta iaitu Afiq ketika dihubungi bagaimanapun memberitahu aktres itu sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran foto tersebut.

Apapun Hangat.com berharap agar netizen berhenti menyebarkan gambar serta video tersebut dan tidak perlu membuka aib seseorang itu okay?

SUMBERKosmo
Artikel Sebelumnya10 Pesona Iko Bustomi, Peserta Muslim Sertai AsNTM Musim Ke-6
Artikel SeterusnyaSufian Suhami Merayu Agar Netizen Terus ‘Move On’ Dari Elfira Loy?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"