Beberapa hari lalu, nama penyanyi serta pelakon Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat dan dihimpit kontroversi apabila seorang usahawan muda mendakwa Aliff menipu dan enggan memulangkan sejumlah wang yang dipinjamkan.

IKLAN

Pelbagai spekulasi liar mula timbul termasuklan sesetengah pihak yang mengutuk sikap artis kelahiran Singapura itu. Tidak mahu dirinya terus dipersalahkan, Aliff menerusi akaun Instagramnya menjelaskan jumlah wang yang beliau hutang itu agak kecil nilainya sedangkan apa yang usahawan itu lakukan telah menjejaskan namanya dan sekaligus membuatkan imejnya tercalar.

Menurut Aliff, apa yang berlaku hanya satu salah faham sahaja dan tidak masuk akal untuk beliau songlap wang tersebut berjumlah RM1,500 yang tidak boleh membeli kereta kancil sekali pun.

Aliff turut berharap agar netizen tidak terus membuat andaian sendiri mengenai isu tersebut tanpa mengetahui cerita yang sebenar. Haaa, kepada pembaca Hangat.com jangan nak cepat membawang ya!! Kaji selidik dulu cerita, then baru buat andaian. Kalau tak betul cerita tu kan, tak pasal dapat dosa kering!

BACA  Curang Lagi? Aliff Aziz Padam Semua Gambar Isteri Di Instagram