Pelakon tersohor tanah air, Datin Seri Umie Aida baru-baru ini mencemaskan suami, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan serta keluarga apabila beliau tiba-tiba berpeluh dengan sangat banyak dan berwajah pucat lesi.

Adik beliau, pelakon yang juga pengusaha produk makanan, Betty Rahmad memuat naik IG story menunjukkan Umie dikendong suaminya dari bahagian atas rumah untuk dibawa ke hospital.  Dalam video tersebut Betty memaklumkan kakaknya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terlalu banyak makan buah cempedak.

“Kak Umie tiba-tiba diserang sakit perut. Gara-gara cempedak katanya. Angin lah tu,” kata Betty.

Menurut Umie, dia bernasib baik apabila suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kebetulan berada di rumah.

“Saya makan tidak sampai seulas pun. Subhanallah, sakitnya sampai tak boleh bernafas.

“Kebetulan suami balik nak makan tengah hari, jadi dia hantar saya ke hospital. Namun, sampai saja di hospital, selepas doktor periksa dan jururawat nak berikan suntikan, sakit hilang.

“Alhamdulillah, saya sudah sihat. Selamat tinggal cempedak. Terima kasih mendoakan kesihatan saya,” katanya.

Umie memang diketahui sangat ‘berhantu’ dengan buah-buahan tempatan antaranya yang lain, durian, rambutan, manggis, langsat serta dokong. Hangat.com mendoakan agar kak Umie cepat-cepat sembuh dan dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa. PEACE!