Sebelum ini, Zizan Razak mengakui beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga sekitar tahun hadapan, pada masa yang sama mendedahkan beliau sudah mempunyai calon isteri tetapi tidak mendedahkan identiti wanita tersebut.

Namun, Zizan seakan memberikan bayangan bahawa orang ramai tahu dan mungkin mengenali calon isterinya itu iaitu Mira Filzah yang semakin hangat diperkatakan.

Terbaru, Zizan kelihatan seakan-akan ‘cemburu’ selepas ada individu cuba untuk ‘memikat’ Mira di laman Twitter.

Kisah bermula semasa Mira bertanyakan kepada pengikutnya di Twitter tentang kawasan rehat dan rawat (R&R) yang menarik patut disinggah sepanjang perjalanannya ke Alor Setar.

Kemudian, seorang pengikutnya di Twitter mencadangkan Mira untuk tidak perlu pergi ke mana-mana kawasan R&R sebaliknya, singgahlah di rumah ibunya untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Setelah melihat Tweet tersebut, ini respon Zizan kepada individu berkenaan

“Nanti share location rumah PU tu saya saya nak kenal”, tulis Zizan.

Peminat-peminat Zizan dan Mira amat terhibur melihat situasi tersebut dan menganggap Zizan seperti ‘kuat cemburu’.

Jika mereka benar-benar bercinta, Hangat.com berharap agar Zizan cepat hantar rombongan meminat. Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang. PEACE!