Semalam kecoh di media sosial mengenai penyingkiran peserta dari Big Stage, Sissy iman yang disifatkan peminat sebagai sesuatu yang mengejutkan dan tidak seharusnya disingkirkan.

Faizal Tahir Dipersalahkan Kerana Tidak Faham Konsep

Menghangatkan lagi keadaan, peminat turut menyalahkan Faizal Tahir kerana tindakannya seperti tidak faham dengan konsep program itu. Selain Dato Seri Siti Nurhaliza, penyanyi MahaKarya Cinta itu juga merupakan salah seorang juri tetap Big Stage dan kedua-dua mereka mempunyai kuasa imuniti untuk menyelamatkan mana-mana peserta yang sudah tersingkir.

Dalam konsert minggu keempat itu, Faizal menggunakan imuniti tersebut bagi menyelamatkan Ariff Bahran yang menyanyikan lagu Deen Assalam.

Mengaku Akan Kesilapannya

Mengaku keliru dengan konsep imuniti yang diberi, Faizal turut berasa ralat melakukan keslipakan tersebut sehingga tersalah membuat pilihan dan mengambil tanggungjawab atas penyingkiran Sissy.

“Saya fikir jika saya selamatkan salah seorang daripada mereka maknanya tidak akan ada penyingkiran tetapi percaturan itu salah. Memang saya berasa ralat tidak selamatkan Sissy… Saya harus dipersalahkan dan mengambil tanggungjawab atas penyingkirannya,”

https://www.instagram.com/p/Bm84uZ0nL-0/?taken-by=sissyimann

Selain Ariff, penyanyi lain yang akan mara ke konsert minggu hadapan adalah Tajul, Wani Kayrie, Afieq Syazwan, Shafiq Farhain, Baby Shima dan Sarah Suhairi. Apa komen anda? Bagi kami sendiri penyingkirkan Sissy juga sesuatu yang mengejutkan. Adakah Sissy bakal diserap masuk kelak? Sama-sama kita nantikan!

VIAInstagram Gempak
SUMBERMStar Online
Artikel SebelumnyaAishah Tak Sangka DS Vida Menipu Barang Kemas
Artikel SeterusnyaAcah Alim Ulamak? Sikap Sebenar PU Amin Dibongkar Dalam Twitter
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress