Pendakwah selebriti itulah gelaran yang diberikan buat pendakwah-pendakwah bebas yang muncul dari pelbagai program realiti yang berunsurkan kerohanian. Malah setiap daripada nasihat mereka turut dijadikan sebagai contoh buat netizen diluar sana terutama berkaitan isu-isu panas dalam negara.

Netizen Anggap PU Amin Seperti ‘Tiada Ilmu’

Terbaru, menerusi laman Twitter terdapat dakwaan daripada netizen yang mendakwa seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai PU Amin hanyalah ‘bersandiwara’ menerusi teguran dan nasihatnya pada umum. Menurut netizen tersebut, PU Amin adalah seperti seorang yang hanya menggunakan platform nya untuk popular serta turut menyelar tindakannya yang ‘galak’ memerhati wanita di Eropah ketika penggambarannya bersama sebuah televisyen swasta suatu ketika dahulu.

Ramai Yang Terkejut

Melihatkan pada pendedahan yang dibuat netizen itu, begitu ramai yang terkejut termasuk Adibah Noor menerusi ‘tweet’ balasnya.

Terdahulu, PU Amin telah meluahkan kekesalannya mengenai pelbagai isu yang membimbangkan sejak kebelakangan ini terutamanya melibatkan isu LGBT.

Bagi kami, sebagai manusia biasa seseorang itu tidak akan lari daripada melakukan kesilapan tanpa mengira latar belakang. Seeloknya yang baik kita jadikan sebagai panduan dan yang negatif kita jadikan sebagai pengajaran dan iktibar.

Artikel SebelumnyaSissy Iman Tersingkir! Peminat Salahkan Faizal Tahir?
Artikel SeterusnyaGambar Bogel Tersebar! Ikmal Amry Pula Menjadi Mangsa
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress