Awal Ramadan yang lalu, selebriti Nazim Othman dan Bella Dally telah mengumumkan khabar berita perceraian mereka yang ternyata mengejutkan ramai peminat. Namun kedua-duanya berpisah secara baik dan kini sedang bahagia menjalani kehidupan masing-masing.

IKLAN

Nazim Sudah Jumpa Pengganti?

Terbaru, menerusi Instagram nya Nazim telah mmuat naik gambar bayangnya bersama seorang gadis dengan kapsyenΒ ‘kita saja tau’. Rata-rata komen pengikutnya beranggapan bahawa pelakon ini sudah jumpa pengganti cintanya dan turut berteka-teki siapakah gadis berkenaan. Tidak cukup dengan itu, ramai juga yang mendoakan kebahagiaan mereka.

Hanya Berdiam Diri

Meskipun begitu, Nazim lebih gemar untuk berdiam diri daripada mendedahkan siapakah pemilik bayang-bayang tersebut.

BACA  Persoalan Status Serta Punca Nazim Othman Bercerai Terjawab?

Barangkali kerana kegagalan dalam perkahwinan terdahulu membuatkan pelakon tinggi lampai ini lebih berhati-hati dalam memilih suri hatinya. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Nazim!