Hujung tahun yang lalu, kami pernah menulis sebuah artikel dimana kumpulan K-Pop terkenal, Girls’ Generation atau turut dikenali sebagai SNSD dilaporkan akan dibubarkan setelah tiga ahli mereka mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan SM Entertainment.

Girls’ Generation Tubuhkan ‘Sub-group’

Terbaru, SNSD telah mengumumkan satu berita yang mengejutkan dimana mereka mengambil keputusan untuk ‘berundur’ seketika dari SNSD. Akan tetapi pengunduran itu bukanlah selama-lamanya kerana mereka kini menumpukan kumpulan baru mereka, Oh!GG yang juga sub-group dari SNSD. Oh!GG dianggotai oleh 5 ahli asal SNSD, Taeyeon, Sunny, Hyoyeon, Yuri, dan Yoona.

SNSD Bakal Kembali

Meskipun kini tampil berlima dengan nama baharu, Oh!GG juga tidak tolak kemungkinan besar kesemua mereka termasuk ahli asal SNSD bakal bergabung kembali untuk sebuah konsert khas (comeback) tidak lama lagi. Ini bukanlah kali pertama SM Entertainment mewujudkan ‘sub-group’ kerana pada 2012, sebuah kumpulan yang dikenali sebagai TTS telah ditubuhkan dimana ahlinya terdiri daripada Taeyeon, Tiffany dan Seohyun.

SUMBERAll KPOP
Artikel SebelumnyaNazim Othman Beri Petunjuk Sudah Ada Kekasih Baru?
Artikel Seterusnya20 Tahun Usia Kuch Kuch Hota Hai! Kini 4 Pelakonnya Sekaya Ini
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress