Secara umum, seorang arkitek memiliki naluri dan mata yang tajam dalam melihat rekaan sesebuah bangunan. Namun hanya arkitek yang kreatif dan betul-betul berpengalaman mampu melihat sebuah tandas awam yang sudah lama tak terurus ini menjadi lebih indah.

IKLAN

Dikenali sebagai Laura Jane Clark, seorang arkitek wanita yang berasal dari England yang mengubah sebuah tandas awam terbengkalai menjadi sebuah kediaman yang cantik. Tak hanya dari segi eksterior, untuk interior juga merangkumi perabot dan barang-barang lain pun tak kurang hebatnya.

Sebelum ini, Laura sendiri memang dikenali sebagai arkitek yang gemar mentransformkan sesebuah bangunan. Atas kreativiti dan inovasinya, dia pernah mendapatkan penghargaan dalam bidang seni bina bangunan.

BACA  [VIDEO] Marsha Milan Dipuji Kerana Menjaga Mertua Di Kota Mekah?

Berikut beberapa gambar transformasi bangunan tandas awam yang diubah oleh Laura menjadi tempat tinggal yang sangat selesa, diambil dari laman blog Crystal palace toilets.

Pertama kali dia mengutarakan keinginannya untuk mengubah tandas awam menjadi tempat tinggal, reaksi rakan-rakan dan keluarganya hanya tertawa.

Meski begitu, dia tidak putus asa. Reaksi orang-orang terdekatnya justeru menjadi perangsang untuk mewujudkan impiannya.

Dia telah memilih sebuah tandas awam yang dibangunkan pada tahun 1929 dan digunakan buat kali terkahir pada tahun 1980-an.

Awalnya, tempat tersebut nampak menyeramkan dan dipenuhi dengan sampah, oleh sebab itu dia perlukan waktu yang lama untuk melakukan pembersihan.Β 

Dia mengambil masa berbulan-bulan dan menghabiskan kos sekitar RM 350 Ribu untuk merenovasi bangunan tersebut.

Usaha dan kerja kerasnya, Laura berjaya mengubah bangunan terbengkalai itu menjadi kediaman yang tampak mewah. Ini Hasilnya…

Dia mengenakan konsep minimalis dan banyak menggunakan unsur kayu dalam kediamannya.

Apa pandangan anda? Sekurang-kurangnya ia boleh memberi inspirasi kepada anda untuk mencantikkan rumah lama yang dah usang atau di mamah usia. Kalau anda bercadang nak deco rumah sendiri, boleh lawat sini untuk dapat peralatan seperti sarung tangan dan sebagainya.