Memang tak boleh dinafikan, semakin ramai pelancong yang mengunjungi Malaysia. Hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa hal. Cara hidup, pemakanan, adat dan budaya menjadi tarikan utama pelancong asing ke negara ini. Tak hanya itu, Malaysia juga banyak sekali memiliki hal-hal unik dan aneh sampai membuat pelancong asing sampai geleng-geleng kepala. Nak tahu apa yang aneh? Lihat 5 hal ini yang pasti ramai orang Malaysia bersetuju.

1Pemandu Bas Sering Dalam Tekanan

Jika anda menggunakan bas RapidKL anda mungkin melihat situasi di mana penumpang warga asing ditengking secara kasar oleh pemandu RapidKL semata-mata kerana penumpang tersebut tidak mempunyai wang kecil. Ataupun jika anda sebagai orang tempatan pun kadang-kadang boleh dimarahi oleh pemandu bas kerana kesilapan mengimbas kad Touch N Go. Tak percaya? Anda boleh cuba sendiri.

Adakah mereka sering berada dalam tekanan ketika memandu? Ini terbukti apabila baru-baru ini kecoh seorang pemandu bas RapidKL mengaku bersalah mengambil dadah ketika terbabit dalam kemalangan melanggar 7 kenderaan di Jalan Ampang.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam 16 Ogos lalu, 7 kenderaan rosak teruk selepas dirempuh bas RapidKL dipandu olehnya yang disyaki cuba melarikan diri daripada satu kemalangan kecil di Taman Keramat. Dia meneruskan perjalanan dari Tamat Keramat ke Jalan Ampang dan melanggar beberapa kenderaan dalam perjalanannya. Apa yang menyebabkan pemandu ini mengambil bahan terlarang?

Tiada Pilihan

Pilih bas yang lain? Anda tiada pilihan untuk memilih syarikat bas mana yang anda suka, kerana bas RapidKL satu-satunya perkhidmatan bas yang mempunyai rangkaian laluan terbesar di Kuala Lumpur malah ternyata bas ini sangat selesa dan pemanduannya juga sangat cekap sekali! Ye ker?

2Keretapi Paling Laju

Ini paling aneh! Siapa sangka di Malaysia, kita memiliki perkhidmatan keretapi paling laju di dunia. Tak percaya? Ini merupakan salah satu perkongsian dari netizen tentang kelebihan KTM Komuter.

Menurut netizen ini, dia berkongsi pengalaman tentang keretapi paling laju ini, walaupun dia tak dapat rasa menaiki keretapi tersebut tapi dia meluahkan rasa bangga Malaysia mampu lakukan perkara menbanggakan seperti ini tanpa memberitahu pengguna. Hebat kan?

Walaubagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis KTM Komuter masih mendapat sambutan yang menggalakkan dari penumpang. Setiap hari di waktu kemuncak, penumpang tetap bahagia berhimpit dan berpusu-pusu untuk menaikinya. Namun, belum ada lagi kes penumpang maut kerana sesak nafas dilaporkan setakat ini. Alhamdulilah..

3Kakitangan Awam Terlebih Emosi

Jangan sesekali anda terlupa untuk membawa dokumen penting sekiranya untuk membuat permohonan di mana-mana pejabat. Jika ia terjadi, anda mungkin akan dilempang seperti video ini.

Sebelum ini viral di media sosial, rakaman video seorang lelaki dikasari oleh kakitangan awam yang bertugas di bahagian kaunter. Video yang dimuat naik laman Facebook We Are Malaysian Indians itu mendakwa kejadian itu berlaku di Pejabat Imigresen Johor Bahru.

4Teksi Paling Popular

Dalam kesibukan pemandu teksi mogok dan mahu mengharamkan perkhidmatan GrabCar, sebenarnya ramai yang tak tahu teksi di Malaysia mendapat ‘anugerah’ di dunia? Laporan ini diperoleh berdasarkan maklumat daripada LondonCabs yang menyatakan Malaysia adalah antara 10 negara yang mempunyai pemandu teksi paling teruk di dunia.

Lebih menyedihkan, Malaysia menduduki tempat pertama dalam senarai 10 negara dengan pemandu teksi paling teruk. Namun, berita baiknya ialah Malaysia bukan satu-satunya negara Asia yang tersenarai. Turut berada dalam carta adalah Thailand, China dan India.

Kedudukan senarai mengambil kira beberapa faktor yang dikemukakan oleh pengguna tempatan, termasuk pelancong luar. Antara faktor tersebut ialah batasan bahasa, sikap pemandu teksi, kredibiliti dan isu tambang.

5Tiket Penerbangan Paling Murah Ke Luar Negara

Sesuatu hal yang agak pelik apabila harga tiket bagi penerbangan antara Semenanjung ke Sabah atau Sarawak boleh mencecah RM1,500 hingga RM2,000 bagi kelas ekonomi, iaitu lebih mahal daripada penerbangan dari Kuala Lumpur ke China, Hong Kong atau Korea Selatan.

Berikut kami cuba bandingkan harga tiket penerbangan Air Asia ke Tawau, Sabah dan Hongkong pada tarikh yang sama.

Kuala Lumpur Ke Tawau, Sabah (6-10 Disember 2018) – Pergi & Balik

Kuala Lumpur Ke Hong Kong (6-10 Disember 2018) – Pergi & Balik

Apa kata anda? adakah anda bersetuju denga 5 hal ini? Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk memburukkan negara sendiri, tetapi ini adalah realiti yang terpaksa dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia. Rasanya belum ada jalan penyelesaian dan isu-isu sebegini masih berada di takuk lama. 

Artikel SebelumnyaHebat! Arkitek Ini Ubah Tandas Awam Rosak Jadi Rumah Mewah
Artikel Seterusnya[VIDEO] Aishah Tunjuk Bukti Barang Kemas DS Vida Palsu
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.