Masih panas! Pentas Big Stage baru-baru ini menyaksikan penyanyi Sissy Iman tersingkir setelah 4 minggu bertahan dalam rancangan realiti itu. Malah begitu banyak ‘drama’ yang terjadi sepanjang konsert itu berlangsung.

Shila Amzah Perli Siti Nurhaliza Dan Faizal Tahir?

Melihatkan pada rentetan komen para juri rancangan realiti itu, Dato Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan juri jemputan, Mas Idayu pada para peserta itu minggu lalu, penyanyi Shila Amzah turut menyuarakan beberapa pandangannya menerusi laman Twitter miliknya.

Shila Tak Setuju Dengan Siti Nurhaliza

Menurut Shila, dia juga tidak bersetuju dengan komen Siti Nurhaliza yang beranggapan lagu nyanyian Sarah Suhairi yang berjudul ‘Ddu-du-du” itu sebenarnya mudah. Jelas Shila lagi lagu tersebut sememangnya sukar untuk dinyanyikan dan memerlukan teknik kawalan suara yang teliti.

Namun begitu, menerusi beberapa komen Shila, peminat mendakwa penyanyi ini seperti memerli juri-juri rancangan itu terutama Siti Nurhaliza apabila komennya itu menyifatkan juri seperti ‘tiada otak’ yang jelas sekali telah menimbulkan kemarahan peminat-peminat.

Adibah Noor Bidas, Shila Mohon Maaf

Pelbagai kecaman dan komen negatif terus dilemparkan pada Shila setelah komen-komennya itu mulai tular di media sosial. Malah penyanyi Adibah Noor turut menyangkal komen Shila mengenai salah sebuah teknik nyanyian.

Melihatkan pada komen-komen tersebut, Shila memohon maaf kerana kenyataannya bukanlah merujuk kepada sesiapa malah dia begitu mengagumi penyanyi nombor 1 di Malaysia itu.

Apa pun, Shila sudah jelaskan disitu dan barangkali mungkin benar ada salah faham yang terjadi dikalangan peminat-peminat penyanyi ini.

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Aishah Tunjuk Bukti Barang Kemas DS Vida Palsu
Artikel Seterusnya10 Filem Tempatan Yang Mendapat Kutipan Tertinggi Sepanjang Zaman
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress