Luar Biasa! Itulah yang boleh kami katakan mengenai filem Hantu Kak Limah apabila kekal mengungguli carta filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman negara.

10 Filem Tempatan Yang Mendapat Kutipan Tertinggi

Mengimbau kembali rekod pencapaian filem tempatan, Hangat.com bawa kan senarai 10 filem tempatan yang telah mendapat kutipan tertinggi malah ada di antaranya yang memegang rekod tersebut untuk jangka masa yang agak panjang. Tahniah diucapkan!

1. Hantu Kak Limah (2018) – 32.5 Juta Kutipan

Buat julung kali dalam lipatan sejarah perfileman tanah air menyaksikan filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta menerusi filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid.

Jumlah kutipan tersebut yang di raih dalam tempoh 18 hari terus mencetus fenomena tersendiri dan masih rancak menerima sambutan baik oleh penonton di luar sana. Lebih membanggakan apabila filem ini berjaya menduduki carta nombor satu kutipan panggung mengatasi filem filem antarabangsa yang lain.

2. Abang Long Fadil 2 (2017) – 18.15 Juta Kutipan

Filem terbitan Skop Production Sdn Bhd, Abang Long Fadil 2 meraih kutipan RM17.8 juta sekaligus memecah rekod jualan tiket tertinggi yang dipegang Polis Evo ketika itu.Filem Abang Long Fadil 2 dibintangi Zizan Razak, Syamsul Yusof, Shuib, Datuk AC Mizal, Achey, Wak Doyok, A Galak dan Tania Hudson.

3. Polis Evo (2015) – 17.8 Juta Kutipan

Polis Evo telah berjaya mengutip RM17.8 juta selepas 42 hari ditayangkan di 83 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan karya asal oleh produksi Astro Shaw iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf ini mengisahkan tentang dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

4. Munafik (2016) – 17 Juta Kutipan

Munafik yang juga filem ke-39 terbitan Skop menampilkan bintang seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A Galak dan pengarahnya sendiri, Syamsul Yusof. Munafik mengisahkan tentang seorang pengamal perubatan Islam bernama Adam lakonan Syamsul, yang tidak dapat menerima hakikat apabila isterinya meninggal dunia. Adam melalui pelbagai pengalaman pelik apabila dipujuk untuk mengubati seorang wanita bernama Maria lakonan Nabila Huda yang diganggu syaitan.

Kami percaya filem Munafik 2 yang akan ditayangkan pada minggu ini bakal berada dalam kedudukan filem yang mendapat kutipan tertinggi. Fight us!

5. The Journey (2014) – 16.87 Juta Kutipan

The Journey (一路有你 atau Lù yǒu nǐ) merupakan filem drama komedi keluarga 2014 yang diarahkan Chiu Keng Guan dan lakon layar oleh Ryon Lee. The Journey telah berjaya memenangi empat anugerah daripada enam pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27 (termasuk Filem bukan dalam bahasa Melayu Terbaik).

6. Boboiboy : The Movie (2016) – 16.77 Juta Kutipan

Filem Boboiboy: The Movie ini berjaya mencatat jumlah kutipan sebanyak RM16.77 juta kutipan selepas 40 hari ditayangkan. Dengan 1.5 juta penonton, filem terbitan Primeworks Studios itu juga menjadi filem animasi tempatan meraih kutipan tertinggi dalam sejarah.

7. Ola Bola (2016) – 16.67 Juta Kutipan

Maklum balas positif telah membantu filem ini mendapat kutipan yang memberangsangkan. Ola Bola ternyata memberikan impak besar di laman-laman sosial apabila pengguna memperkatakan mengenai filem Ola Bola.

Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.

8. KL Special Force (2018) – 12.2 Juta Kutipan

Selepas kejayaan cemerlang dengan kutipan filem tempatan pecah panggung melebihi RM18 juta melalui filem ‘Abang Long Fadil 2, pengarah Harapan FFM25, Syafiq Yusof mempertaruhkan genre aksi dan drama di dalam filem terbarunya bertemakan kepolisan, ‘KL Special Force’ terbitan Skop Productions, Damofa Productions dan Viper Studios.

9. KL Gangster (2011) – 11.74 Juta Kutipan

KL Gangster dilaporkan sebagai filem buatan Malaysia pertama yang mencecah RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan,[4] sekaligus mengatasi rekod keseluruhan yang dipegang oleh Ngangkung pada tahun 2010. KL Gangster mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun, sebelum diatasi oleh filem lain.

10. Ombak Rindu (2011) – 10.09 Juta Kutipan

Fenomena filem Ombak Rindu yang diadaptasi dari sebuah novel terkenal, terus melanda peminat filem di negara ini ketika itu malah jumlah kutipan meningkat kepada RM5.5 juta dalam masa tujuh hari tayangan. Meskipun pelbagai kontroversi melanda, filem ini masih segar diingati sehingga ke hari ini.