Populariti nama mereka berdua melonjak naik sejak sebuah lagu berjudul ‘Tak Pernah Hilang’ sentiasa berkumandang dalam drama bersiri popular NUR. 

Khas buat peminat setia, Kaer dan Amylea terpanggil mengadakan showcase buat julung kali selepas agak lama mereka menyepi dari dunia hiburan. Lagi-lagi Kaer baru pulang ke tanahair setelah lebih 10 tahun di negara jiran, Indonesia, bagi mengikuti pengajian jurusan Ijazah Perniagaan di Universiti Lasalle, Jakarta.

Mengadakan showcase di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada Ahad petang 26 April lepas cukup bermakna buat peminat yang setia menanti ‘comeback’ mereka berdua.

Amylea X Kaer

Amylea X Kaer, Chapter Three Showcase, telah memperlihatkan sebuah gandingan hebat dua bintang dari program realiti televisyen. Memilih judul showcase Chapter Three kerana ia merupakan gabungan tajuk album terakhir Amylea dan Kaer.

BACA  [GAMBAR] Penginapan Neelofa Di Dua Buah Hotel Mewah Terkemuka Dunia

Mengembalikan Nostalgia

Sememangnya showcase kali ini telah mengembalikan nostalgia masa lalu menerusi beberapa buah lagu yang Hits dari mereka. Kaer telah mempersembahkan lagu Menjelma, Tak Ingin Bebas, Andai dan lagu popular Izinkanku Pergi.

Manakala Amylea pula tak kurang hebatnya dengan menyampaikan lagu keramatnya iaitu, Ku Berserah, Aku Sindarela dan Seperti Dia. Amylea juga menyanyikan lagu Hits yang lain seperti If I Ain’t Got You dan I’m Yours.

Berhabisan Duit Demi Kaer

Kaer mula dikenali namanya dalam Akademi Fantasia Musim 2 manakala Amylea pula dari Akademi Fantasi musim ke 3. Ketika showcase ini berlangsung, Amylea sempat mengimbau kenangan lalu di mana dia akui meminati Kaer sejak awal lagi. Amylea berkata, dia pernah berhabisan duit mengundi Kaer agar tidak disingkirkan dari Akademi Fantasia. Lihat video ini.

BACA  [VIDEO] Atikah Suhaimie Sembur Makcik Bawang Yang Gemar Mengecamnya

Dihadiri lebih dari ratusan penonton dan ahli media, Amylea X Kaer: Chapter Three Showcase berjaya menghiburkan semua penonton. Showcase ini dibawakan oleh Big Billionaires in Growing dan MYVO sebagai penaja utama serta Suria.fm sebagai radio rasmi dengan kerjasama Seventeen Eleven Music dan Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.