Hairul Azreen seperti yang diketahui umum merupakan salah seorang pelakon yang sering kali menjayakan filem-filem aksi tempatan. Dengan pengalamannya dalam sukan mempertahankan diri antara faktor mengapa dia sering kali dipilih dalam filem bergenre sedemikian.

Kongsi Pengalaman Nyaris Dipatuk Anak Ular Tedung

Terbaru, Hairul ketika ditemui Hangat.com di sidang media filem Paskal mendedahkan dia nyaris dipatuk anak Ular Tedung. Menurut Hairul, ketika itu dia sedang berehat di sebuah kawasan berumput sementara menanti ketibaan rakan-rakannya yang lain. Sejurus daripada itu, dia sama sekali tidak menyedari akan kewujudan binatang berbisa tersebut di kakinya sehinggalah ditegur oleh salah seorang rakan.

“Saya sebenarnya bersyukur kerana baru-baru ini saya nyaris dipatuk anak ular tedung. Ketika itu, saya sedang berehat di kawasan berumput sementara menanti yang lain. Secara tiba-tiba salah seorang rakan saya suruh saya lari kerana di kaki saya terdapat haiwan berbisa itu. Saya tak dapat bayangkan bagaimana anak dan isteri saya kalau saya dipatuk ular ketika itu”

Sertai Acara Sukan Berbasikal

Dalam perkembangan lain, Hairul bakal sertai sebuah acara sukan berbasikal pada September ini di utara tanah air. Tambahnya lagi minat dalam acara ini bermula setelah pengarah filem Paskal, Adrian Teh berjaya mempengaruhinya dan rakan-rakan untuk turut sama dalam sukan ini. Hairul memegang watak sebagai Leftenan Komander Arman Anwar di dalam filem Paskal yang akan ditayangkan pada 27 September 2018.

Artikel SebelumnyaTerjebak Seks Maniak! Rakan Baik Dedah Perubahan Mel B
Artikel SeterusnyaHairul Azreen & Ammar Alfian Kongsi Pengalaman Jadi Sasaran Lanun
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress