Tidak lama lagi, industri perfileman negara mencatat satu lagi sejarah apabila filem ketenteraan mengenai Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal ditayangkan di pawagam tanah air.

Telan 12 Juta Kos Pembikinan

Mmbariskan ramai pelakon terkenal seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Datuk Seri Eizlan Yusof, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin, filem itu akan ditayangkan pada 27 September ini.

Menjalani penggambaran di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Turki, menurut pengarah filem ini Adrian Teh Paskal The Movie telah menelan sebanyak 12 Juta kos pembikinan serta turut diselia rapi oleh pihak TUDM.

Hairul & Ammar Jadi Sasaran Lanun

Bercakap mengenai pengalaman berlakon dalam filem aksi ketenteraan ini, menurut pelakon utamanya, Hairul dan Ammar mereka berhadapan saat genting apabila dimaklumkan pihak produksi bahawa mereka ketika itu menjadi sasaran lanun. Jelas Hairul, lanun tersebut sudah mengetahui bahawa mereka sedang menjalani penggambaran di Sabah dan merancang ingin menculik mereka untuk dijadikan sebagai tebusan.

” Saya sebenarnya pelik sebab waktu itu, selesai sahaja penggambaran di pelantar minyak, saya nak pulang ke Kota Kinabalu untuk berehat dan sebagainya tetapi ditegah oleh pihak TUDM dan produksi dengan pelbagai alasan sehinggalah dimaklumkan mengenai rancangan lanun yang ingin menculik kami. Bagi memastikan keselamatan kami, TUDM telah menukar jadual penggambaran dan saya bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang sentiasa menjaga kami dalam keadaan baik”

Filem ketenteraan pertama di Malaysia ini dikhabarkan menarik perhatian ramai pihak termasuk produksi luar negara malah pelakon-pelakonnya juga telah memberikan sepenuh komitmen mereka dalam filem ini. Sama-sama kita nantikan tayangannya!

Artikel SebelumnyaHairul Azreen Nyaris Maut Dipatuk Ular Tedung
Artikel Seterusnya[GAMBAR] Pernikahan Anak Gadis Julia Rais, Tengku Puteri Iman Afzan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress