Semakin panas! Itulah yang boleh kami katakan mengenai kontrovesi melibatkan Aishah dan usahawan kosmetik, Dato Seri Vida. Segalanya bermula apabila penyanyi itu mendakwa hadiah barang kemas pemberian DSV ketika menjuarai program Gegar Vaganza pada tahun lalu adalah palsu dan tidak tulen.

DSV Enggan Ganti Atau Tukar Barang Kemas

Mengulas dakwaan Aishah, DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata dia sama sekali tidak akan memenuhi permintaan Aishah yang mahukan wang tunai atau barang kemas sama nilai sebagai pertukaran.

View this post on Instagram

Banyak sebenarnya video yg kami rakam dan belajar mengenai intan permata.Tapi panjang ceritanya..tapi inilah hasil penyelidikan rasmi dari gemotologist yg bertauliah.Sebagai orng ditipu I rasa tertekan bila org.kutuk tak tentu pasal.Inilah dia penilaian dari gemotologist bertauliah.Utk.menjawap kata2 yg mengatakan I tak faham susut nilai berlian dan mengatakan I tipu dan hanya ingin mengaibkan orang.Bcalah report ini baik2.DSV,I keluarkan ini bukan nak aibkan you,cuma I minta janganlah buat kami golongan artist begini.Ye mungkin Allah bagi you jadi kaya raya tapi itu tak membenarkan you menipu kami.I tak nak apa2 dari you,sekadar mohon maaf di atas penipuan ini.Simpanlah La Vida coin you tu.Jangan ingat org yg tak kaya mcm I tak ada maruah.

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Menurutnya, barangan kemas itu tiada dalam senarai hadiah utama dan hanyalah pemberian ikhlas darinya buat juara GV4. Namun begitu, DSV bersedia untuk menukarkan barangan kemas itu dengan Lavida Coin sekiranya penyanyi itu berminat.

“Saya takkan ganti dengan wang tunai mahupun barang kemas bernilai RM80,000. Saya hanya akan ganti dengan Lavida Coin… ‘you take it or leave it’ Kenapa saya perlu bagi duit pula kat dia? Lagipun rantai itu saya bagi seikhlas hati. Kalau dia tak nak Lavida Coin bermakna dia orang paling rugi atas muka bumi ini,”

Mahu Kejuaraan Aishah Ditarik Balik

Jelas DSV lagi, dia ingin pihak Astro adakan satu pertemuan antara mereka berdua bagi membersihkan namanya kembali. Tegas usahawan itu, dia mencadangkan agar gelaran juara yang diberikan pada Aishah ditarik semula dan sama sekali tidak akan memohon maaf seperti yang dipinta Aishah.

“Saya nak pihak Astro jumpakan saya dengan Aishah sebab hadiah itu bukan ditawarkan kepada juara seperti yang diuar-uarkan. Saya bagi atas dasar ikhlas dan tiba-tiba dia buat begini pula. Saya mahu nama saya dibersihkan. Saya mahu kejuaraan dia ditarik balik… dia tak layak dapat nombor satu tapi nombor 10,”

Apa pun sama-sama kita doakan agar kemelut diantara mereka dapat diselesaikan dengan baik dan sama adil. Khabarnya Gegar Vaganza 5 pun akan tiba tidak lama lagi, adakah DSV akan menjadi penaja utamanya lagi?