Keletah dan pelbagai aksinya sejak dilahirkan lagi menjadi perhatian peminat-peminat. Itulah penangan dari Yusuf Iskandar! Tidak memerlukan populariti ibubapanya, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, kanak-kanak ini merupakan antara yang paling popular di Malaysia sehingga turut memenangi sebuah anugerah yang dianjurkan pada tahun lalu.

Selebriti Cilik Pertama Diiktiraf ‘Verified’ Di Instagram

Tidak cukup dengan itu, terbaru akaun Instagram milik Yusuf telah diiktiraf ‘Verified’ oleh Instagram. Untuk anda yang tidak tahu, tanda ‘Verified’ yang berwarna biru itu diberikan buat mereka yang telah disahkan oleh pihak Instagram sebagai ‘public figure’ , selebriti mahupun mana-mana pertubuhan yang mewakili jenamanya tersendiri.

View this post on Instagram

Lepak Mamak

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Yusuf yang mempunyai 2.4 juta pengikut di Instagram juga merupakan selebriti kanak-kanak pertama di Malaysia yang memperoleh tanda biru tersebut dan barangkali mewakili semua kanak-kanak juga.

Tidak Galakkan Main Gadget

Mengenai tumbesaran Yusuf, menurut Hairul ketika ditemui Hangat.com berkata anaknya itu kini sedang aktif mempelajari benda-benda sekelilingnya dan sifat ingin tahu itu begitu menonjol dalam dirinya. Meskipun baru berusia 2 tahun, Yusuf juga petah berkata-kata membuatkan pengikutnya juga terhibur.

” Alhamdulillah, Yusuf sekarang ini berada di fasa ingin tahu semua benda disekelilingnya. Mengenai soal didikan pula, kami sebenarnya tak galakkan dia bermain gajet macam telefon bimbit malah dia sendiri pun kurang berminat. Mungkin sebab dia sudah terbiasa dengan buku dan permainan sekitarnya membuatkan minatnya ke arah itu. Saya tak cakap bermain dengan gadjet itu salah dan tak boleh, cuma bagi kami kalau boleh tidak mahu galakkannya”

Jelas Hairul lagi, dia dan Hanis seringkali membuat kajian mengenai cara pembesaran anak-anak dan turut tidak galakann Yusuf bermain dengan alat gadget mereka seperti telefon bimbit dan papan sesentuh. Bagi mereka, Yusuf kini lebih gemar pada buku dan juga mahu anak kesayangan mereka itu belajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih telus dan semulajadi.

Artikel SebelumnyaDato Seri Vida Cadangkan Kejuaraan Aishah Ditarik Balik
Artikel Seterusnya7 Keranda Paling Mahal Di Dunia! Buatan Malaysia Juga Tersenarai
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress