Semalam, GSC Cinemas dengan kerjasama Hangat.com telah anjurkan satu tayangan awal filem seram dari Korea, The Whispering. Pembaca bertuah kami turut berpeluang menyaksikan filem seram ini yang terawal dan sudah pastinya membuatkan jantung mereka berdegup kencang dengan pelbagai elemen seram yang diterapkan dalam The Whispering.

Permulaan Cerita Agak Perlahan

Seperti filem Korea dan Jepun yang lain, boleh dikatakan permulaan filem ini agak perlahan dan sedikit lama. Namun apa yang boleh kami katakan jalan ceritanya agak menarik dan menyeramkan. Bayangkan anda memasuki rumah hantu di tapak pesta yang sememangnya dihuni oleh hantu yang sebenar!

Meskipun ada beberapa elemen seram seperti tidak masuk akal, namun ianya masih membuatkan penonton terkejut apatah lagi turut menunjukan wajah hantu-hantu di dalam filem itu. Sedikit ‘spoiler’ disini, jalan ceritanya seperti mengingatkan kami pada filem Blok 404 yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Sinopsis Filem The Whispering

Mengisahkan mengenai enam orang pelajar sekolah yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan dan sedang dalam perjalan untuk bercuti di sebuah kawasan. Namun dalam perjalanan, mereka tersesat sehingga sampai di sebuah tapak karnival permainan yang terbiar.

Dipercayai tapak karnival permainan yang terbiar itu mempunyai kisah mistiknya sendiri. Tidak hiraukan segala larangan, sekumpulan remaja ini bertindak menyiasat sendiri kebenarannya sehinggalah diganggu ‘penghuni’ yang menyebabkan seorang demi seorang daripada mereka mati dalam keadaan yang mengerikan.