Semalam, pelakon sensasi Fathia Latiff telah memuat naik sebuah kenyataan di laman Instagram mengenai kekesalannya terhadap satu stesen televisyen swasta tanah air.

Bengang Bayaran Masih Tidak Diterima

Menurut kenyataannya itu, Fathia memohon agar pihak berkenaan menjelaskan bayarannya beberapa tahun yang lalu di mana ianya telah termaktub seperti di dalam kontrak. Dakwanya lagi pihak berkenaan seolah-olah menyalahkan dirinya selama ini menyebabkan bayaran tersebut masih lagi tertunggak sehingga ke hari ini.

” Sila pulangkan duit saya untuk kerja yang saya sudah lakukan beberapa tahun yang lalu. Jangan memutarbelitkan cerita dengan mengatakan ianya adalah salah dan berpunca dari saya”

Fathia Mengaku Disenarai Hitam?

Dalam kenyataan yang sama. pelakon itu seperti mengaku bahawa namanya sudah disenarai hitam oleh syarikat televisyen berkenaan. Seperti satu sindiran, Fathia juga memohon supaya tidak lagi ‘menyekat’ namanya dari membintangi sebarang drama mahupun filem sebelum bertindak memadam kapsyen asalnya di Instagram.

Adakah benar seperti yang didakwa Fathia? Jika tidak mengapa dia berani membuat kenyataan berkenaan bukan? Namun menurut sumber terdekat kami, bayaran tersebut telah pun dijelaskan pada pihak produksi dan syarikat televisyen tidak akan sesekali membuat bayaran terus kepada pelakon melainkan atas hal yang tertentu.

Artikel SebelumnyaSuami Suka Tengok Porno? Ini Nasihat ‘WIN’ Noorkhiriah Pada Si Isteri
Artikel SeterusnyaDakwaan Hairul Azreen & Ammar Alfian Diculik Hanya Publisiti Murahan?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress