Awal minggu yang lalu, tular di media sosial mengenai sindiran seorang penyanyi terkenal tanah air kepada juri tetap Big Stage, Dato Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir seperti yang dilaporkan Hangat.com. Meskipun begitu, penyanyi tersebut menafikan dakwaan tersebut dan hanyalah salah faham diantara peminat.

Enggan Ambil Pusing, Elakkan Perkara Negatif

Tampil menjelaskan mengenai sindiran tersebut yang turut terpalit pada dirinya, Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir, 40 berkata dia sama sekali tidak ambil pusing dengan mana-mana sindiran termasuklah mengenai komen dari netizen yang melihatnya seperti terlalu muda jika hendak dibandingkan dengan Ramli MS. Baginya, dia lebih mudah mengambil jalan untuk elakkan perkara-perkara yang negatif selain meminta netizen doakan sahaja yang baik-baik.

” Saya Immune! Tidak kisahlah apa yang orang nak cakap saya hanya mahu mereka doakan yang baik-baik. Mengenai Big Stage, saya hanya menilai dari segi persembahan mereka yang terbaik, dari segi vokal mungkin Dato Seri Siti Nurhaliza lebih arif”

Tampilkan Suara Anak Sendiri Dalam Single Terbaru

Faizal ditemui Hangat.com di majlis pengenalan single terbarunya bersama media berkata dia kini kembali dengan nafas baru.

Menerusi single Ragaman, Faizal menampilkan sisi berbezanya dimana gubahan muziknya mempunyai elemen reggae. Menceritakan tentang kisah seorang suami yang sabar melayani kerenah isteri yang bermacam-macam ragam, lagu ini mempunyai keistimewaanya tersendiri kerana turut diberi sentuhan nuansa pop 60an dan menggunakan bahasa pasar yang diselitkan unsur jenaka.

“Pada umur saya ketika ini, seharusnya Masa untuk mencari benda baru dan Alhamdulillah saya bersyukur dikurniakan bakat untuk menulis Dan menyanyikan lagu saya sendiri dan saya sendiri puas”

Untuk pertama kalinya juga, Faizal menyelitkan suara emas anak-anaknya. Baginya single kali ini merupakan satu-satunya single yang diberi penekanan dan perhatian yang lebih kerana membawakan genre yang berbeza dari sebelum ini.

Artikel SebelumnyaDakwaan Hairul Azreen & Ammar Alfian Diculik Hanya Publisiti Murahan?
Artikel SeterusnyaUcapan Fazura Buat Ibu Mertua Buat Netizen Terharu
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress