Sehingga kini, tiada filem tempatan yang mampu menyaingi kutipan filem Hantu Kak Limah apabila berjaya menduduki tangga teratas carta box office dengan lebih dari 32 Juta kutipan. Namun begitu, kami dapat rasakan filem karya Syamsul Yusof mampu saingi Hantu Kak Limah ataupun berada kedudukan kedua selepas filem Mamat Khalid itu.

IKLAN

Sarat Dengan Mesej, Lebih Menyeramkan!

Seperti yang kita ketahui filem arahan anak-anak Yusof Haslam sering kali bawakan sesuatu di luar kotak lari dari pelbagai filem yang dibawa mereka, sesuatu kelainan! Malah bagi Munafik 2 suka untuk kami katakan ianya jauh lebih segar dan sarat dengan mesej meskipun elemen seram yang ditonjol mampu buatkan bulu roma anda meremang.

BACA  Pengalaman Di Mekah Buatkan Erma Fatima Kagum Dengan Empayar Al-Arqam

Jauh Lebih Baik Dari Sebelumnya

Apa yang boleh kami katakan Munafik 2 jauh lebih baik dari filemnya yang sebelum ini. Munafik 2 jauh lebih teratur dengan penyusunan wataknya dan pelbagai elemen turut digarap dengan baik. Pujian harus diberi buat barisan pelakonnya yang berjaya membawa watak mereka dengan baik sehingga ada kalanya penonton turut terkesan dengan watak filem ini. Kami tidak ingin dedahkan isi jalan ceritanya kerana kami percaya naskhah kali ini antara yang terbaik dan bakal beri saingan buat HKL. Tahniah Syamsul!

Sinopsis Munafik 2

Menelan kos 2.8 Juta, Munafik 2 mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam yang berhadapan dengan kultus ajaran sesat yang diketuai oleh Abu Jar dan menyelamatkan seorang ibu tunggal dari kejahatan Abu Jar.

BACA  Zizie Ezette & Suami Ditahan SPRM! Ini Sebabnya

Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, Ustaz Adam yang masih dihantui oleh kematian isteri dan anaknya, berusaha menentang Abu Jar yang menyebarkan ajaran agama sesat kepada penduduk kampung. Semangat jahat yang dikaitkan dengan Abu Jar menjejaskan kehidupan Sakinah, seorang ibu tunggal kepada seorang anak yang miskin dari sebuah perkampungan yang terpencil dan Ustaz Adam harus menyelamatkannya daripada kejahatan Abu Jar.