Kita biasa dengar kisah orang terkaya, tapi bagaimana jika kisah haiwan peliharaan pula yang terkaya? Pasti susah nak percaya jika seekor haiwan peliharaan boleh bergelar jutawan.

Itulah hakikatnya, kekayaaan haiwan peliharaan ini melampaui kekayaan beberapa orang usahawan di Malaysia. Lebih mengejutkan kekayaan haiwan tersebut melebihi jutaan ringgit.

Nak tahu haiwan peliharaan yang mana bergelar jutawan hingga jadi billionaire ini? Dipetik dari slice, berikut lima haiwan peliharaan yang dikatakan haiwan terkaya di dunia.

5Sadie, Sunny, Lauren, Layla, dan Luke – RM 120 Juta

Ada lagi haiwan peliharaan popular yang masuk senarai haiwan peliharaan terkaya. Sadie, Sunny, Lauren, Layla, dan Luke adalah lima anjing yang dipelihara oleh Oprah Winfrey.

Kekayaan lima anjing ini kalau digabung mencapai US$ 30 juta atau RM 120 Juta. Kekayaan tersebut diperoleh Sadie, Sunny, Lauren, Layla, dan Luke setelah Oprah mengambil keputusan untuk membahagikan harta yang dimilikinya.

4Olivia Benson- RM 399 Juta

Tak hairan jika kucing ini disebut sebagai haiwan peliharaan terkaya di dunia. Olivia Benson adalah kucing peliharaan Taylor Swift. Kekayaan yang dimiliki kucing ini dianggarkan mencapai US$ 97 juta atau RM 399 Juta sama seperti Choupette Lagerfeld.

Khabarnya populariti kucing ini sudah menyamai populariti Taylor Swift. Kucing ini pernah membintangi beberapa buah iklan. Salah satunya adalah iklan Diet Coke dan Taylor Swift juga menjadi bintang dalam iklan tersebut.

Selain itu, Olivia Benson juga ‘meng-endorse’ kasut Keds. Brand kasut ternama ini mengeluarkan produk kasut bersama Olivia Benson sebagai karakter di kasut itu.

3Choupette Lagerfeld – RM 399 Juta

Kucing yang satu ini juga masuk dalam senarai haiwan peliharaan terkaya di dunia. Nilai kekayaannya dianggarkan mencecah US$ 97 juta atau RM 399 Juta.

Kucing Choupette Lagerfeld dipelihara oleh seorang pereka fesyen bernama Karl Lagerfeld. Akaun Instagram Choupette Lagerfeld mempunyai 93 ribu followers. Berkat follower-nya yang banyak itu, kucing ini mampu mengumpul pendapatan sehingga US$ 3.3 juta dengan membintangi iklan.

2Grumpy- RM 411 Juta

Haiwan peliharaan terkaya selanjutnya adalah kucing Grumpy. Tapi bukan mewarisi harta, kucing comel ini kaya raya kerana tajaan, endorsement, iklan, hingga terlibat dalam filem. Kekayaan kucing Grumpy disebut mencapai US$ 100 juta atau RM 411 juta.

Kucing Grumpy punya daya tarikan yang berjaya mengundang perhatian ramai orang. Ekspresi wajah ‘marah’ yang ada pada Grumpy sebenarnya telah disedari oleh seorang pengarah terkenal. Kucing Grumpy pun ditawarkan berlakon dalam film Grumpy Cat’s Worst Christmas Ever (2014).

Dari sinilah, kucing ini kemudian terima banyak tawaran iklan dan tajaan. Akaun Instagramnya @realgrumpycat di-follow oleh 2.5 juta pengikut.

1Gunther IV – RM1.5 Billion

Bertuahnya anjing spesies German Shepherd ini. Kekayaannya diwarisi majikannya dengan harta sejumlah US$ 375 juta atau RM1.5 Billion.

Difahamkan kekayaan sebanyak itu diwariskan ke Gunther III yang merupakan bapa dari Gunther IV. Selepas si Gunther III mati, kekayaannya secara automatik berpindah ke Gunther IV.

Anjing ini merupakan peliharaan bangsawan Jerman yang bernama Karlotta Liebenstein. Ketika dia meninggal pada tahun 1991, ternyata dalam senarai pewarisnya menyebut nama Gunther III sebagai penerima warisan. Tak cuma wang, Gunther IV juga mewarisi sebuah villa di Italy dan Bahama.

Macam tak percaya kan? Beberapa haiwan peliharaan di atas memiliki kekayaan sebegitu. Seronok jadi seperti  mereka, dah la dipelihara, banyak duit dan banyak job pulak. Apa kata anda?

SUMBERSlice.ca
Artikel Sebelumnya[REVIEW] Filem Munafik 2 Mampu Saingi Hantu Kak Limah?
Artikel SeterusnyaFoto Aretha Franklin Dalam Keranda Emas, Siap Pakai ‘Heels’
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.