Alhamdulillah selepas 5 bulan melahirkan anak kembar lelaki, pelakon Datin Seri Zizie Izette umum kini sedang hamil tiga bulan. Menurut kakak kepada pelakon Shaheizy Sam, berita gembira yang dikongsi menerusi laman Instagram itu sudah dijangka akan mengejutkan semua.

“Pic number 4 will surprise u! #stpetersburg #russia #summereurope2018 #threemonthspregnant,” katanya yang memuatnaik foto menunjukkan alat pemeriksaan kehamilan.

Zizie baru sahaja melahirkan anak kembarnya yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang dilahirkan pada 29 Disember 2017 yang lepas. Ini bermakna jarak kehamilan keduanya selepas melahirkan anak pertama hanya lima bulan.

Zizie yang berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, pada 2009 itu mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 7 bulan. Hangat.com mendoakan agar kandungan Zizie selamat dan harap-harap dapat anak kembar perempuan pula kali ini. Apa salahnya kan?

SUMBERInstagram Zizie Izette
Artikel SebelumnyaMengapa Kaer Azami Nekad Bersara Dari Dunia Pereka Hiasan?
Artikel SeterusnyaAlmy Nadia Dihina Secara Terbuka Gara-Gara Bentuk Badan?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"