Tidak sampai seminggu ditayangkan, filem terbaru Syamsul Yusof iaitu Munafik 2 terus unggul mencipta fenomenanya tersendiri. Seperti jangkaan kami pada ulasan yang lalu, Munafik 2 memberi saingan hebat buat pemegang rekod kutipan filem tertinggi setakat ini, Hantu Kak Limah.

IKLAN

Munafik 2 Cipta 4 Fenomena Baru

Berdasarkan carian kami, filem sambungan Munafik ini ternyata telah mencatat 5 fenomenanya tersendiri. Malah bagi Syamsul dia begitu terkejut dan gembira kerana pencapaian dua filem ini sebagai penanda aras kemajuan filem tempatan.

2Kutip RM 5.65 Juta Dalam Dua Hari Tayangan

Tidak cukup dengan itu, hanya dua hari tayangan filem yang menelan kos perbelanjaan 2 juta ini telah mengutip RM 5.65 juta kutipan hanya dalam dua hari tayangan dimana hari pertama tayangannya mencatat 2 juta kutipan dan diikuti 3.6 juta pada hari kedua tayangan.

330 Tayangan, Setiap 15 Minit

Hasil tinjauan kami pada kebanyakan pawagam di seluruh negara, sebanyak 30 tayangan telah dipertontonkan setiap hari dan ada diantaranya turut menayangkan kekerapan di antara 15 ke 45 minit.