Seperti sudah dijangka, program realiti Big Stage bagi minggu kelima menyaksikan Tajul sebagai penyanyi yang keempat tersingkir. Meskipun markah juri sedikit tinggi berbanding Ariff Bahran, namun markah keseluruhannya tidak berjaya menyelamatkan penyanyi itu untuk terus mara ke minggu seterusnya.

Kurang Personaliti, Terlalu ‘Relaks’ Punca Tersingkir

Bagi Tajul, penyingkirannya itu seperti sudah dijangka apatah lagi beberapa minggu yang lalu namanya sering menduduki tangga tiga terbawah.

Malah penyertaannya dalam Big Stage bukanlah untk mengejar kejuaraan sebaliknya bagi mencari pengalaman apatah lagi penyertaannya ini merupakan kali pertama dalam rancangan realiti.

Dalam perkembangan lain, menurut juri tetap program itu, Faizal Tahir menyifatkan penyingkiran Tajul adalah kerana personalitinya yang kurang menonjol selain cara nyanyian yang bersahaja setiap minggu yang ditampilkan Tajul juga tidak sesuai untuk pertandingan. Dalam minggu kelima, Tajul telah menyanyikan lagu dengan Aman Aziz yang berjudul Sulit.

Juri Buat Keputusan Mengejut

Dalam minggu ini juga, Faizal dan seorang lagi juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikatakan tidak berpuas hati dengan persembahan kesemua peserta menyebabkan mereka menggunakan kuasa mereka untuk memilih lagu untuk peserta berbanding dengan pemilihan lagu yang dibuat sendiri oleh mereka.

Malah pada akhir rancangan ini juga, juri telah membuat keputusan mengejutkan apabila mereka bersepakat untuk melihat para peserta bertanding dalam segmen ‘battle’ yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Artikel Sebelumnya‘Kurangkan Muat Naik Video!’- Syafiq Kyle Luah Rasa Bimbang
Artikel SeterusnyaBerharga RM2.4 Billion, Pesawat Presiden Mexico Jadi Yang Termahal Di Dunia
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress