Berita ini telah mengejutkan ramai rakyat Malaysia baru-baru ini. Ia mengenai pasangan lesbian yang menerima hukuman sebatan sebanyak 6 kali dihadapan 100 orang termasuk ahli keluarga mereka. Pasangan ini menerima hukuman kerana melakukan hubungan sejenis di dalam kereta pada April lalu di Dataran Arena Square, Dungun.

Terbaru, menerusi Instagram Stories model dan pelakon Alicia Amin kurang setuju dengan tindakan yang dikenakan dan menganggap sebatan di khayalak ramai itu tidak wajar.

“Pihak berkuasa agama Malaysia berjaya menuduh dan menghukum dua orang dewasa yang bersetuju untuk menjalinkan hubungan bersama! tetapi hakikatnya mereka gagal melindungi seorang gadis berusia 11 tahun dan menjatuhkan hukuman pada seorang pedofil. Hal sebegini perlu diubah di sini.”- katanya

Menurut laporan dari Mstar, Hukuman itu yang dijalankan di bilik mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu  Isnin lalu adalah yang pertama kali berlaku di negara ini.

Tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, malah ketika rotan hinggap di tubuh badan tertuduh, tiada jeritan kedengaran kerana pegawai penjara itu masih perlu mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu menggunakan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala tertuduh.

Artikel Sebelumnya10 Fakta Stormy, Bintang Porno Jadi Perempuan Simpanan Donald Trump
Artikel SeterusnyaHantu Pervert? Poster Filem Seram Thai Ini Bikin Salah Fokus
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.