Semalam kami berkesempatan untuk menonton filem cereka yang diinspirasikan dari kisah sebenar sejarah negara, Rise Ini Kalilah. Dalam majlis tayangan perdana itu, lebih 1600 tetamu termasuk beberapa orang Menteri turut berkesempatan menghadiri majlis ini.

Seperti Berat Sebelah

Jika anda masih ingat akan kisah Pilihan Raya Umum ke 14,yang lalu pelbagai rentetan menarik telah tersingkap. Oleh itu pengarah filem ini, Fred Chong telah nekad untuk memfilemkan sejarah yang tercipa pada tarikh keramat 9 Mei.

Jika dilihat pada umum, barangkali tanggapan mereka mengenai filem ini adalah menceritakan mengenai pelbagai ragam yang terjadi pada hari tersebut selain mengandungi unsur-unsur murni.

BACA  Tak Sangka Anak Syurga Popular, Ini Pesanan Erma Fatima Untuk Citra

Namun begitu, pada pertengahan filem ini, terdapat sesuatu isu yang bagi kami rasakan iaΒ  agak berat sebelah kerana menunjukkan suntingan video kerajaan terkini. Malah, suntingan juga dilihat seperti tidak kemas kerana masih terdapat beberapa babak yang tidak mengaburkan nama-nama mereka yang terlibat dan unsur rasuah juga tidak diceritakan dengan baik penyelesaiannya.

Hemat kami, filem ini tidaklah sesuai untuk ditonton semua lapisan masyarakat sebaliknya lebih terarah kepada penyokong kerajaan kini sekaligus melambangkan Rise Ini Kalilah sebagai filem berunsurkan politik.

Sinopsis Rise Ini KalilahΒ 

Mengisahkan mengenai 6 cerita individu yang saling berkait, ia merakamkan suasana penuh ketegangan waktu akhir sebelum berlangsungnya pilihan raya umum yang terpenting dalam sejarah Malaysia. Setiap cerita akan menyingkapkan kesedaran dan nilai murni rakyat Malaysia. Tiba masa 4.58 Petang pada 9 mei 2018 keenam enam watak ini akan bertembung bersama seterusnya meninggalkan satu sejarah baru buat negara Malaysia