Selain filem genre aksi dan cinta, filem seram juga menjadi salah satu filem yang paling diminati oleh ramai penonton. Sebelum filemnya ditayangkan, produksi haruslah membuat imej seram menerusi poster dan juga trailer.

Jika poster dan trailernya itu sendiri menjanjikan jalan cerita yang menyeramkan, maka filem itu pasti meraih ramai penonton juga makin besar peluang untuk dapat hasil kutipan yang tinggi.

Thailand menjadi salah satu negara yang sering mengeluarkan filem bergenre seram ini. Bahkan filem seram Thailand ini selalunya menjadi yang paling seram.

Filem berjudul Take Me Home ini menjadi salah satu filem seram popular pada tahun 2016 lalu. Filem yang dibintangi oleh Mario Maurer ini memang boleh membuatkan penonton tak senang duduk dalam panggung. Tapi di sebalik itu, ada imej lucu yang terlihat dalam filem ini. Poster filem itu telah dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama @Diggie_isback.

Agak aneh juga posternya terlihat seram dengan menampilkan banyak tangan yang sedang memegang seorang lelaki. Tapi ada satu tangan yang tidak sepatutnya berada di situ. Tangan yang mana? Anda lihat sendiri!

Ya, jika tangan lain memegang bahagian kepala, tangan dan kaki dari Mario Maurer, namun tangan yang satu itu malah memegangi bahagian yang sulit.  Tapi kenapa poster ini kembali menjadi perhatian walaupun filem ini sudah lama ditayangkan?

Poster Asal Sebelum Disunting

Tetapi menurut tinjauan kami, poster asal filem ini berbeza dari poster yang dikongsikan oleh pengguna twitter tersebut. Mungkin ia telah disunting menggunakan Photoshop supaya kelihatan lucu dan aneh.

SUMBERTwitter
Artikel Sebelumnya‘Sebat Lesbian Tapi Gagal Lindung Budak 11 Tahun’- Alicia Amin
Artikel Seterusnya[REVIEW] Rise Ini Kalilah Sensitif Untuk Ditonton? Ini Sebabnya
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.