Sejak kebelakangan ini begitu ramai selebriti yang dikatakan ‘bermain dengan gimik’ bagi membantu menaikkan lagi nama mereka. Malah tidak keterlaluan untuk kami katakan 2018 adalah tahun yang penuh dengan gimik!

Datuk Hans Isaac Enggan Ambil Selebriti ‘Penuh Gimik’

Bagi mendapatkan pandangan dari seorang selebriti yang lebih senior, pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac ketika ditemui Hangat.com berkata dia sama sekali kecewa dengan sikap sesetengah selebriti yang melakukan gimik tidak masuk akal hanya bagi mempromosikan projek terbaru mereka.

Mengimbas kembali perjalanannya sebagai anak seni, Hans berkata dia dan rakan-rakan seangkatannya dahulu terpaksa bekerja keras bagi menaikkan nama mereka. Malah melihatkan pelbagai isu yangh melibatkan gimik selebriti, dia sama sekali tidak akan bekerjasama dengan golongan ini dan lebih suka melihat mereka yang berjaya kerana bakat yang dimiliki.

“Apa yang saya boleh cakap, matanglah sikit. Kita tak perlukan gimik bodoh untuk naikkan nama. Malah sekarang semua boleh jadi selebriti, tapi adakah selebriti ini naik kerana bakat?”

Teruja Sertai Celebrity Car Wars

Dalam perkembangan lain, pengarah berusia 47 tahun ini sedang giat mempromosikan rancangan realitinya yang terbaru bersama 5 orang selebriti Asia terkenal. Menerusi Celebrity Car Wars, Hans bertindak sebagai salah seorang peserta bagi melaksanakan pelbagai cabaran automotif.

” Sebenarnya masa itu saya di Melbourne dan dapat panggilan daripada sebuah syarikat ingin berjumpa dengan saya, kebetulan pula waktu itu syarikat itu juga di Melbourne, jadi kita telah berjumpa dan berbincang untuk Celebrity Car Wars ini dan saya membuat keputusan untuk bersama mereka dan menolak tawaran sebuah projek penggambaran”

Berkongsi perasaan terujanya, bagi Hans dia berasa bertuah kerana dipilih mewakili Malaysia berentap bersama selebriti negara lain. Menyifatkan sebagai peluang terbesar memperkenalkan industri Malaysia di negara lain, aksi selebriti-selebriti ini boleh dilihat menerusi saluran History bermula 9 September ini.

Artikel SebelumnyaTak Bayar Bil Hotel Punca Fathia Latiff Muat Naik Gambar Ismail Izzani
Artikel Seterusnya[VIDEO] Zarina Anjoulie Dakwa Ismail Izzani Mabuk & Tiduri Teman Wanita?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress