Sejak awal minggu lalu, kontroversi melibatkan tiga selebriti iaitu Fathia Latiff, Zarina Anjoulie dan Ismail Izzani hangat diperkatakan. Semuanya bermula dengan isu gambar mesra tiga selebriti ini tersebar dan yang terkini mengenai dakwwan bahawa Ismail berhutang dengan Zarina yang menyebabkan pelakon itu nekad mendedahkan apa yang terjadi.

Dakwa Ismail Tiduri Teman Wanita

Terbaru, menerusi Instagram Zarina, dia telah memuat naik sebuah video memberi tahu kononnya Ismail telah tiduri teman wanitanya di sebuah hotel.

Dakwaan tersebut dibuat setelah pelantun Luar Biasa itu meminjam wang daripada Zarina untuk menginap di hotel tersebut. Walaubagaimanapun tidak lama kemudian, Zarina telah memadam posting tersebut dan memuat naik satu lagi posting terbaru mengenai Ismail.

Ada Bukti Gambar Ismail

Menerusi posting tersebut, Zarina memberitahu bukanlah niatnya untuk memburukkan nama penyanyi itu sebaliknya sekadar memberi peringatan dan prihatin akan keadaannya. Tambahnya lagi, dia mempunyai bukti gambar Ismail dan teman wanitanya bermalam di hotel namun mengambil jalan untuk tidak mendedahkannya pada umum.

Dalam perkembangan lain, netizen mendakwa Zarina dan Fathia seperti sengaja mencari publisiti murahan. Adakah benar? Kami pasti kedua-dua mereka pasti punyai alasan tersendiri menimbulkan isu ini.

SUMBERInstagram Zarina Anjoulie
Artikel Sebelumnya‘Matanglah Sikit’- Hans Isaac Selar Tindakan Selebriti Bergimik
Artikel SeterusnyaTahniah! Ashraf Muslim Timang Cahaya Mata Keempat
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress