Terdahulu, Idris Khan pernah mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya pada hujung tahun lepas sebelum menunda majlis tersebut ke Januari yang lalu. Namun atas alasan tertentu, Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, 29, berkata majlis pernikahannya terpaksa ditangguhkan sekali lagi.

Tidak Akan Kahwin Pada Tahun Ini

Menurut Idris ketika ditemui Hangat.com, majlis itu terpaksa ditangguhkan bukanlah kerana dia dan tunangnya telah berpisah sebalik kekangan jadual kerja yang terlalu padat menyebabkan dia membuat keputusan tersebut. Kata Idris lagi, perkahwinannya tidak akan berlangsung pada tahun ini seperti dirancang sebaliknya berkemungkinan akan dilangsungkan pada tahun hadapan.

” Sebenarnya hubungan saya dan tunang baik-baik sahaja tiada isu diantara kami. Cuma disebabkan jadual kerja saya yang terlalu sibuk sehingga ke hujung tahun ini menyebabkan saya terpaksa tunda majlis pernikahan kami. Tambah lagi saya bakal terikat dengna sebuah filem akan datang, jadi saya ingin fokuskan dahulu kepada karier saya sebelum mendirikan rumah tangga.

Mengenai bila akan diadakan, saya tak boleh cakap bila yang pasti bukan tahun ini dan berkemungkinan pada tahun hadapan. Insyallah, saya akan maklumkan mengenai majlis perkahwinan ini setelah semua persiapan dilakukan”

Tunang Sentiasa Sokong

Mengenai hubungan bersama tunangnya pula, Idris bersyukur kerana tunangnya itu begitu memahami keadaan dan kariernya. Malah soal penangguhan hari bahagia mereka juga diterima dengan baik supaya segala persiapan dapat dilakukan dengan sempurna. Idris sebelum ini telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis Maghribi yang dikenali sebagai Sanaa sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan gadis itu sebagai suri hatinya.

Artikel SebelumnyaDukun Ini Mengaku Berbual Dengan Roh Puteri Diana. Ini Dialognya! Seram
Artikel Seterusnya10 Drama Korea Terbaru Dengan Adegan Ciuman Yang Sensasi
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress