Seram! 3 Kisah Gangguan Aneh Ketika Penggambaran Filem The Nun

Sudah menonton filem The Nun? Filem ini ternyata bukan sekadar menyeramkan ketika ia ditonton. Dalam proses pembikinannya pun banyak hal-hal aneh yang membuatkan meremang bulu roma. Bahkan ada kru yang mengaku didatangi oleh hantu saat penggambaran.

Menurut laman Mirror, Berikut ini 3 fakta menyeramkan dalam proses pembikinan Filem The Nun yang perlu anda tahu.

Serangan Kelawar

Saat sesi penggambaran malam di Castle Corvin, Hunedoara, seekor kelawar terbang ke salah satu langsir tempat di mana watak Valak, Bonnie Aarons beristirahat. Kelawar itu tampak kebingungan dengan terbang tanpa tujuan. Gangguan kelawar tersebut berjaya diatasi oleh seorang kru dan melepasnya ke luar tingkap.

Didatangi Hantu

Pengarah filem The Nun, Cordin Hardy menemukan “jejak tangan” misteri dalam debu di Corvin Castle, tempat filem The Nun dibuat. Kemudian ketika penggambaran adegan di sebuah benteng Romawi kuno di Mogoșoaia, Hardy seolah-olah masuk ke alam ghaib dan yakin ada sepasang hantu tentera Romania turut bersama-sama  dalam penggambaran filem itu.

Berbagai gangguan aneh

Hantu bukan satu-satunya pengunjung di lokasi penggambaran. Kru produksi juga dihalang dengan pelbagai hal misteri untuk sampai ke lokasi penggambaran. Tak jauh dari Mogoșoaia, sekelompok kambing gurun menghentikan lalu lintas dalam perjalanan menuju lokasi penggambaran.

Kemudian di lokasi Transylvania, para pelakon dan anggota kru sering didatangi dengan kereta yang ditarik kuda.

6 September Di seluruh Malaysia

The Nun mula ditayangkan di Malaysia pada 6 September hari ini. Filem ini mengisahkan tentang seorang pemimpin agama Kristian bernama Burke (Demian Bichir) dengan pengalaman menyeramkan dan seorang biarawati bernama Irene (Taissa Farmiga) yang dihantar oleh Vatikan untuk menyelidiki kematian biarawati muda di sebuah gereja tua di Rumania.

Selama menjalani tugas tersebut, Burke dan Irene didampingi oleh seorang pemuda tempatan Frenchie (Jonas Bloquet). Tanpa sedar mereka telah didatangi oleh kekuatan jahat yang menjelma sebagai biarawati.