Pengacara popular, Faizal Ismail dan Fara Fauzana bakal bertemu dengan para peminat di siaran luar Dbilique sebagai tanda penghargaan kepada peminat mereka.

Siaran pertama mereka ini bakal berlangsung sepanjang bulan September di mana pasangan ini akan menjelajah ke lokasi berbeza di seluruh Malaysia untuk bertemu peminat.

Faizal dan Fara akan bersiaran secara live di trak bersama tetamu selebriti, di lokasi yang berbeza. Selain berpeluang menyaksikan siaran Dbilique  bersiaran secara langsung, peminat Dbilique juga dapat melihat replikasi studio Dbilique di trak tersebut. Ia merupakan sebahagian daripada set-up trak Dbilique, di mana Faizal dan Fara bakal bersiaran langsung.

“Trak Dbilique adalah satu usaha yang berterusan untuk Dbilique terus dikenali. Ia memberi pendedahan tentang Dbilique dan peluang untuk mendekati peminat Dbilique,’- kata Faizal atau lebih dikenali sebagai FBI.

“FBI dan saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para peminat dan penaja yang telah banyak memberi sokongan kepada Dbilique. Siaran luar ini akan memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi dengan mereka,” kata Fara.

Jelajah Dbilique bermula pada 5 September, di Lepaking, Gombak. FBI dan Fara akan bersiaran di Perak, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Mereka akan disertai oleh tetamu selebriti di lokasi yang berbeza .

Antara tetamu jelajah Dbilique adalah Fasha Sandha, Hael Husaini, Shila Amzah, Wani Hasrita, Faizal Tahir dan ramai lagi.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Jelajah Dbilique, bolehlah layari www.dbilique.com atau ikuti Instagram @dbilique dan Youtube: Dbilique.tv

Yang paling penting, jangan lupa untuk bertemu dengan artis pujaan anda dengan menyertai FBI dan Fara di lokasi berikut.

JELAJAH DBILIQUE 

  • 5 Sept – Lepaking gombak
  • 7 Sept- R&R Tapah Perak
  • 8 sept- R&R Bagan Ajam, Pulau Pinang
  • 9 sept- Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Perak
  • 14 sept – Plaza Angsana, Johor Bahru
  • 15 sept- Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor
  • 16 sept – Pantai Klebang Melaka
  • 19 sept – Food Truck Kompleks PKNS Bangi
  • 21 sept – Pintu Masuk Aeon Mall Kota Bharu, Kelantan
  • 22 sept – Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
  • 23 sept – Pantai Teluk Cempedak, Kuantan Pahang
  • 26 sept –  Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
  • 29 sept – Food Truck Putrajaya