Sebelum ini usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri telah mengumumkan akan hasilkan single terbaru berkolaborasi bersama dua selebriti sensasi yang juga usahawan kosmetik, Nur Sajat dan Lucinta Luna.

Video Lirik Lagu Cecah 100 Ribu ‘Dislike’

Setelah beberapa ‘teaser’ ditunjukkan di Instagram mereka, akhirnya video lirik lagu terbaru mereka yang berjudul Bobo Di Mana telah dimuatnaik di YouTube sejak tiga hari yang lalu. Meskipun hanya video lirik lagu, tontonan video tersebut mencecah hampir 1 juta. Namun begitu, rata-rata netizen memberi reaksi yang kurang menyenangkan sehingga turut memberikan tanda ‘tidak suka’ pada video itu yang kini mencatat lebih dari 98 ribu tanda tidak suka ‘dislike’

‘Trending’ Nombor Satu Di YouTube

Walaupun dilemparkan pelbagai komen yang negatif, video Bobo Di Mana itu kini ‘trending’ nombor satu di YouTube sejak dimuatnaik.

Menurut Aliff, video rasmi lagu ini akan dipertontonkan tidak lama lagi dan dikatakan menelan kos perbelanjaan yang besar. Sudahkah anda mendengar single terbaru mereka ini? Apa komen anda?