Sebelum ini pelakon dan penerbit, Bront Palarae, 40 dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kaki ketika menjalani penggambaran drama bersiri The Bridge. Menurut Bront, kecederaan tersebut terjadi ketika dia terjatuh selepas melakukan aksi berlari sehingga menyebabkan otot betis kanannya terkoyak dalam penggambaran yang diadakan di Johor Bharu, Johor.

Selepas Bertongkat Kini Berkerusi Roda

Bront ketika ditemui Hangat dua hari yang lalu, masih menggunakan tongkat untuk berjalan namun semalam dia dilihat menggunakan kerusi roda pula untuk bergerak. Menurut Bront, faktor banyak bergerak menyebabkan kakinya sedikit bengkak dan memerlukan kerusi roda sebagai sokongan.

Meskipun doktor menasihatinya untuk berehat, namun bagi Bront kerjayanya perlu diutamakan apatah lagi pada minggu ini pelbagai promosi drama terbarunya telah pun dilancarkan dengan rasminya dan akan kembali menjalani penggambaran pada hari ini (Jumaat).

” Sebenarnya kaki saya dah macam sedikit bengkak mungkin sebab banyak berjalan. Kalau nak kesannya mungkin inilah kesannya tapi bak kata orang ‘the show must go on’ dan saya  okay sahaja walaupun esok dah bersambung penggambaran. Mungkin akan ada sedikit perubahan posisi dengan keadaan saya macam ini”

Tidak Sangka Berlakon Filem Seram Lagi

Selepas The Bridge, Bront kini tampil dalam sebuah lagi naskhah seram dan kali ini menerusi siri antologi seram terbitan asal pertama HBO Asia, Folklore – Toyol. Jika sebelum ini Bront enggan berlakon dalam mana-mana filem mahupun drama seram nampaknya kali ini, dia sendiri terpaksa melupakan hasrat tersebut selpas terbabit dalam Toyol. Ketika ditanya mengapa dia menerima tawaran ini, menurut Bront adalah kerana jalan cerita dan barisan pelakonnya.

“Sebenarnya saya memang tidak sangka akan berlakon lagi dalam mana-mana filem atau drama seram selepas Pengabdi Setan. Malah saya jangkakan akan berlakon dalam genre seperti ini dalam lingkungan tiga ke empat tahun lagi. Tapi bila saya ditawarkan projek daripada pengarah Ho Yuhang takkan saya nak tolak?

Selepas saya baca skripnya, saya akui bulu roma saya meremang dan barisan pelakonnya yang senang saya bekerjasama seperti Nabila Huda dan Redza Minhat antara sebab saya setuju dengan filem ini”

Selain Bront, filem ini turut menampilkan beberapa orang pelakon popular lain seperti Nabila Huda, Redza Minhat, Datin Seri Umie Aida dan ramai lagi. Folklore Toyol bakal ditayangkan pada Ahad, 7 November jam 10 malam secara eksklusif di HBO (Saluran Astro 411/431 HD).

Artikel SebelumnyaVideo Lagu Bobo Di Mana Cecah Hampir 100 Ribu ‘Dislike’ !
Artikel SeterusnyaEina Azman Dikecam Gara-Gara Muat Naik Video Bercumbu Di Instagram
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress