Sebelum ini, kerana adegan yang sama pelakon Datin Paduka Eina Azman pernah dikecam hebat oleh netizen. Segalanya bermula apabila Eina memuat naik gambar yang menunjukkan dia bercumbu dengan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden di Instagram.

Eina Dikecam Lagi

Terbaru, pasangan ini dilihat sedang bercuti di Santorini sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat. Namun terdapat sebuah video yang menjadi perhatian netizen apabila Eina dilihat sekali lagi bercumbu dengan suaminya itu sebagai tanda kasih perkahwinan mereka. Rata-rata pengikutnya di Instagram a mengecam tindakan Eina kerana memuat naik video seumpama itu kepada umum yang dilihat sebagai kurang manis untuk ditatap.

Tidak Suka Boleh Unfollow – Eina

Melihatkan pada pelbagai reaksi komen dari netizen, Eina menerusi kenyataannya mebalas dengan memberitahu dia bebas untuk berbuat apa sahaja dengan akaun Instagram nya sendiri. Walapun dikecam, ruangan komen Eina juga dilimpahi ucapan tahniah dan doa atas ulangtahun perkahwinan mereka.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia 2 tahun.